Khamis, September 27, 2012

Kuey Teow Goreng


Hmm.dah lama tak masukkan entri dalam blog ni!.. nak kata apakan!  apapun insyaallah akan update bila bila  saja dengan resipi yang sesuai dengan mood!.  Hari ini dah berpagian dengan Kuey Teow Goreng. Nak kata syle apa pun tak tahulah!.. hanya main hentam hentam je, masukkan bahan bahan yang ada. Kuey Teow dari dalam paket ni, dah lama dibeli, tinggalkan mood untuk menggoreng je tak ade!.. sehingga keras didalam paket!! Daripada dibuang, makanya dididihkan air dalam periuk, kemudian dicelur untuk beberapa minit hingga lerai dan lembut kuey teow tu barulah digoreng... ...


Bahan bahannya

1 paket kuey teow basah
6-8 udang hidup
1 biji tomato
2 biji telur
1 cawan taugeh
1 tangkai daun sup (dihiris)
1 biji cili merah (hiris)

Bahan bahan sos
2-3 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu cili boh/giling
1-2 sudu sos tiram
sedikit lada sulah

Bahan tumis
2-3 bawang merah - dihiris bersama bawang putih (boleh juga ditumbuk)
1 biji bawang putih

1. Panaskan kuali dengan 2-3 sudu besar minyak, dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
2. Masukkan udang dan goreng sebentar.
3. Masukkan cili boh, lada sulah, sos tiram dan kicap pekat, tambahkan 1/4 cawan air.
4. Masukkan kuey teow, kacau hingga sebati, 
5. Pecahkan telur dengan membuat lubang pada tengah tengah kuey teow, biarkan sebentar sebelum mengacaunya.
6. Masukkan tomato, taugeh, cili potong dan daun bawang dan kacau rata hingga sebati sebelum menutup api. Hiaskan juga dengan takua goreng (jika suka)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...