Salam semua, hari ni, bangun pagi, teringatkan cooking cokelat yang didalam peti sejuk tu... dah lama dah teragak agak nak buat sesuatu, tetapi memandangkan mood nak buat kek dah jemu, jadi terpaksalah dihabiskan sebelum 'expiry date' kalau tidak wasted begitu saja.
Membuat brownie adalah lebih cepat dan rasa, teksturnya pun sedap. Ia seakan akan kek cokelat gitu!
Banyak resepi banyaklah pula cara masing masing menyediakan nya, ada yang aka tambahkan serbuk koko, tetatpi ini terus saja menggunakan cokelat Hershey tak payah tambah tambah cokelat lagi....
Untuk memudahkan cara mengeluarkan dan memotong brownie, adalah senang jika kita lapiskan acuan pembakar dengan menggunakan aluminium foil, jadi acuan/caserole tidaklah menjadi kotor dan senang dibasuh. Tidak payah sapukan butter pun pada alas aluminium tu, kerana brownie kaya dengan minyak butter, jadi ia tidak akan melekat pada foil.
Bahan Bahan Cokelat
250 gm Buttercup
4 oz/113 gm semi sweet Hershey Chocolate
(Panaskan butter didalam kuali bersama cokelat diatas api yang sederhana hingga cair dan sejukan sebentar supaya suam suam sahaja.)
Bahan Bahan Basah
3 biji telur
1/2 cawan susu (Dutch Lady)
1/2 cawan gula kastor
Bahan Bahan kering
1 1/2 cawan tepung kek Nona (cawan - 250 ml)
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
(Ayakan bahan bahan diatas untuk dicampurkan)
1/2 cawan hirisan badam untuk ditabur
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan satukan susu, kacau hingga sebati. Setelah bahan cokelat disuamkan tuangkan kedalam bahan basah dan kacau hingga rata. Masukan bahan bahan kering. Kacau hingga sebati dan tuangkan pada acuan pembakar, taburkan hirisan badam memebuhi atas brownie.
Bakar pada suhu 180 D. selama 30 minit.
kena try nie. susu tu bole kan kalau guna susu badam, baru rasa lebih badam kan?
BalasPadam