Jumaat, Ogos 30, 2013

Kek Belang


Ini merupakan salah satu kek kegemaran saya.. Nak panggil kek belang ke.. kek zebra  ke.. terpulanglah asalkan dia sedap dimakan .. Itu yang penting!  Kek ni dibuat semasa raya.. Di buat dalam acuan berukuran 2x5x3 inci dalam bentuk memanjang pula.. Kerana selalunya saya membuatnya  dalam acuan yang bulat, jadi saja dibuatkan dalam acuan begini supaya mudah untuk dipotong.

Apabila menggunakan acuan yang 'rectangle', cara hendak melapiskannya adalah dengan menggunakan senduk yang besar, setelah dibahagikan sama rata dengan satu dimasukan serbuk koko manakala satu lagi adalah adunan kek biasa. Anggaran 2 senduk pertama diletakan pada acuan yang telah dilenserkan dengan butter dan tepung, kemudian di leperkan dengan menggunakan senduk dan ditarikan adunan secara memanjang untuk mencukupi acuan sebelum dimasukan lapisan kedua, tak kiralah warna koko atau kuning dahulu, jadi setiap process melapis dilakukan dengan caran yang sama  sebelum dibakar.. 



Bahan bahan
250gm Buttercup
1 cawan (250ml) gula kastor
4 biji telur gred A
1 3/4 cawan tepung kek Superfine
1 sudu kecil esn vanilla
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
3/4 cawan serbuk koko (ditapis)

1. Panaskan oven pada suhu 180  darjah C. Lenserkan acuan berukuran 2x5x3 inci dengan sedikit butter dan taburan sedikit tepung.
2. Pukul butter dan gula hingga putih.
3. Masukan telur satu persatu. Putar dalam kelajuan sederhana.
4. Masukan esen vanilla dan putar sebentar.
5. Ayakkan tepung bersama baking soda dan garam dan masukan kedalam adunan tadi, putar lagi hingga sebati.
6. Keluarkan setengah dari adunan tadi ke dalam mangkuk yang lain.
7. Masukan serbuk koko pada adunan yang tidak dikeluarkan dan putar hingga sebati.
8. Gunakan senduk yang besar dan lapiskan seperti yang saya sebut diatas dan bakar selama 35-40 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...