Salam semua.. apa kata buat brownies hari ni? my round brownies yang di bakar dalam muffin tin so jadilah brownie bentuk bulat.. senang, tak payah nak potong potong.. Simple jea brownie ni, ia seakan cokelat cake yang mudah dan cepat dibuat.. sesuai untuk anak anak yang nak kesekolah membawanya sebagai bekalan pun atau hidangan teh atau bila bila masa saja. Kalau suka boleh juga dicampurkan dengan kacang walnut yang di cincang atau boleh juga dimasukan dengan badam.. kali ini hanya buat yang mudah mudah saje..
Bahan Bahan
1 cawan butter
1 cawan cokelat masakan / serbuk cocoa
1 cawan tepung
2 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
sedikit garam
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C dan sapukan tin muffin dengan sedikit butter dan taburan tepung.
2. Cairkan butter dan cokelat didalam kuali kecil/saucepan diatas api yang sederhana dan kacau hingga sebati.
3. Ayakan tepung bersama sedikit garam, baking powder dan ketepikan.
4. Pukul telur bersama gula dan tuangkan kedalam tepung.
5. Satukan dengan campuran cokelat yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati.
6. Tuangkan kedalam tin muffin dan bakar selama 25-30 minit dan sejukan.
Jika suka taburkan kacang yang digemari sebelum dibakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan