Salam hari Jumaat... hari ni dah tak semena mena terrrrajinlah nak membuat bun ni.. dah beberapa hari terfikir apa nak buat dengan lebihan tepung pau yang dibeli hari tu.. Macam macam cadangan timbul di fikiran akhirnya terbuatlah bun ini dari tepung pau tu.. Nak diikutkan tepung pau ke atau tepung roti memang cara membuat roti/pau adalah lebih kurang sama juga cara adunan nya.. yang penting harus mendapat tekstur yang betul setelah diuli dengan campuran yeast dan dibiarkan selama 1/2 jam atau lebih.sehingga adunan yang diuli itu menjadi dua kali ganda daripada saiz biasa.
Terfikir juga kalau buat 'morning buns' tanpa isi nya pun boleh, tetapi bun ini diisikan dengan inti kelapa dan ditaburkan dengan bijan.. hai... inilah kali pertama membuat buns.. bila dah menjadi memang seronok pula, tak payah lagi nak beli dekat bakery bila dah master nanti.. Ingin nak makan buatkan saja...mungkin ada percubaan dilain masa...
Samada mahu mencuba dengan menggunakan tepung pau atau cara biasa itu terpulanglah pada citarasa masing masing.. apa yang saya percaya walaupun membeli sekotak tepung pau jenama "Nona" pun tidak banyak bezanya dengan menggunakan tepung 'high protein' atau tepung gandum biasa je. so untuk resipi diatas saya hanya akan bekalkan dengan penggunaan dari tepung pau sahaja...
Bahan Bahan untuk diuli didalam 'Mixer' menggunakan cakuk sebagai pemutar
500 gm tepung pau
1 paket ragi (yang disediakan)
2 sudu besar butter
175 ml susu
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur
Bahan Bahan Inti
2 cawan kelapa parut
1-2 sudu gula perang/putih
sedikit garam
Gaulkana semua bahan diatas dan ketepikan.
Bahan Taburan
1 biji telur yang di pukul bersama 2 sudu besar air (untuk sapuan)
1/2 cawan bijan
1. Satukan tepung, ragi gula, butter telur dan garam didalam pengadun kek/cake mixer dengan menggunakan cakuk sebagai pemutar dan putar sebentar supaya sebati.
2. Masukan susu dan putar lagi hingga adunan menjadi kental.
3. Taburkan sedikit tepung kedalam mixer dan uli adunan selamat 5-10 minit.
4. Tutup dengan menggunakan kain dan biarkan process mengembang selama 30-45 minit.
5. Keluarkan doh dan uli diatas papan pencanai dengan sedikit tepung.
6. Potong dan bahagikan kepada bahagian kecil sebanyak 10-15 kepingan.
7. Leperkan dan masukan inti kelapa, lipat dan bulatkan kembali.. habiskan process berkenaan.
8. Sapukan telur dan taburkan bijan diatas permukaan roti.
9. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah C hingga kekuningan dan sejukan.
# Adalah penting untuk oven dipanaskan dahulu selama 10-15 minit sebelum pembakaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan