Ahad, Oktober 13, 2013
Moist Chocolate Cake
Salam semua... hmmm.. sehari lagi untuk hari raya Aidiladha.. cadang nak buat kek ke... sebagai hidangan sampingan untuk hari lebaran nanti, selain dari ketupat rendang atau juadah juadah yang lain.. Kek ini akan menjadi salah satu hidangan saya nanti.. Kek cokelat yang 'moist' setelah mencuba dengan adunan yang siap di beli dari 'bakery' dimana hanya perlu menambahkan telur dan 'butter' sahaja sebagai bahan campuran untuk membuatnya.
Rata rata tentu kebanyakan bakery menjual tepung yang memang sudah disukat jadi tak susahlah bagi mereka mereka yang ingin mencoba membuat kek ini. Tidak banyak perbezaan dengan cara biasa yang saya buat hanya tepungnya saja yang siap dicampurkan dengan serbuk koko sahaja. Jadi kalau difikirkan nak adunkan sendiri, tak susah manapun... apa yang perlu adalah sukatan yang secukupnya untuk membuat kek ini.
Yang menjadikan ia menarik ialah cara kita menghiasnya dan menggunakan buahan strawberi dan kikisan cokelat yang ditaburkan diatas...
Bahan Bahan
250 g butter
1/2 cawan susu cair
4 biji telur (saiz besar)
sedikit garam
1 paket gula kastor (angaran 3/4 cawan)
1 3/4 cawan tepung kek yang dicampurkan dengan 1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla
1. Panaskan oven pada suhu 180 d C dan lenserkan acuan (yang digemari) dengan sedikit butter dan sedikit taburan tepung.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3, Masukan telur satu persatu. pukul hingga sebati,
4. Masukan esen vanila dan sedikit garam.
5, Masukan tepung yang dicampurkan dengan serbuk koko, dan susu. pukul hingga sebati.
6. Tuangkan kedalam acuan dan bakar selama 35-40 minit dan sejukan.
Bahan Untuk siraman diatas kek
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
sedikit garam
Tuangkan susu dan serbuk koko kedalam periuk yang kecil, masukan garam dan kacau diatas api yang perlahan hingga pekat dan tuangkan keatas kek.
Bahan Bahan hiasan : beberapa biji strawberri yang dihiris halus dan sedikit hirisan dari cooking cokelat.
Cara hirisan cokelat adalah dengan menggunakan pisau untuk membuat kulut timun/ubi kentang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan