Salam Aidiladha..... hari ni nak masukan lagi satu entri salad yang mudah dibuat.. Salad Epal, bersama salad 'lettuce', sengkuang dan taburan hirisan badam. Senang je kalau malas nak masak sayur, salad selalu menjadi pilihan, jadi kali ini salad ini menjadi hidangan sampingan Nasi Bukhari yang dimakan bersama ayam berempah.. oklah tu untuk famili sendiri sahaja.. tambahan pula, kali ini, raya asyik hujan saja.. mula cadangnya nak keluar saja untuk sambutan aidiladha, dengan kehadiran hujan makan tertukar lah hasrat, lagipun malas nak keluar. So hidangan untuk hari raya ini ialah Nasi Bukhari, Ayam berempah, Dalca Ayam, papadom dan salad ini...
Bahan Bahan (A)
Salad atau 'Lettuce' yang di hiris/koyak kecil kecil
1 epal merah (dipotong kecil)
1/2 biji sengkuang (dadu)
sedikit hirisan badam yang sudah ditoastkan
Bahan Bahan siraman (B)
1 biji lemon (diambil airnya)
1 sudu besar madu lebah
1-2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam
sedikit lada hitam
(satukan kesemua bahan diatas dan kacau hingga sebati)
Satukan kesemua bahan A dan B, kacau hingga sebati dan hidangkan dengan hirisan badam diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan