Rabu, Oktober 02, 2013

Russian Tea Cake


Salam semua, hari ini dengan keluangan masa yang ada, tah datang angin nak buat Russian Tea Cakes yang senang dari salah seorang blogger juga... dek kerana batch pertama, atas nama kecuaian dah terover bakelah pula.. yang ini adalah second batch tetapi dimodifikasikan sedikit kerana nak menghabiskan kacang hazel yang dah lama didalam peti sejuk tu.. So jadilah Russian Tea Cakes with a twist of hazelnut gitu...tapi.. memang sedap walau yang first batch tu agak 'overbake' terasa saperti biskut dari kilang gitu.. Jadi yang dapat dimasukan disini adalah yang second batch...

Memang sedap dan mudah nak buat biskut ini, tak banyak bahan yang diperlukan dan sangat cepat untuk membuatnya.. Rasanya pula adalah saperti biskut kacang gitu.. Pengisian badam kisar lah yang menyedap dan merangupkan biskut ini.. Terima kasihlah pada blogger tersebut yang sudi nak sharekan biskut yang senang ini. So.. next time boleh buat yang ori gitu...

Bahan Bahan
225 gm butter (anggaran dua cawan)
6 sudu besar gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan badam kisar
1/2 cawan gula icing untuk taburan.

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah C selama 10-15 minit, dan sapukan dulang pembakar dengan sedikit butter dan taburan tepung.
2. Dalam mangkuk yang besar 'whisk' atau kacau butter bersama gula hingga sebati.
3. Masukan esen vanilla dan kacau.
4. Masukan badam kisar dan tepung dan uli sebentar.
5. Cubit adunan sebesar ibu jari, bulat dan leperkan dan letakan diatas dulang pembakar. Letakan kacang hazel (ikut suka) dan bakar selama 30 minit.
6. Sesudah dikeluarkan dari oven, tabur atau tapiskan gula icing keatas biskut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...