Isnin, November 18, 2013

Gyoza Blackpepper


Hari ni buat gyoza lagi... Sebab dah ada simpanan kulit gyoza yang dibeli, jadi elok juga dihabiskan stok makanan yang ada dalam peti sejuk tu... Kali ini inti gyoza ini ialah inti ayam cincang blackpepper yang mudah sangat dibuat. Malah intinya juga tidak banyak bahan yang diperlukan. Sama ada mahu menggunakan ayam cincang atau daging cincang terpulanglah pada citarasa masing masing.  Saya lebih menggemari gyoza yang di goreng garing dari gyoza yang distim memandangkan kulit gyoza yang digoreng akan lebih rangup dan enak dicicah bersama sos cili/tomato. Ini merupakan gyoza yang di goreng dahulu dengan sedikit minyak dan distimkan dengan memasukan sedikit air dan didihkan hingga lembut.

Bahan Bahan untuk Inti
1 paket daging ayam cincang
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/4 inci halia (hiris)
1 batang daun bawang
1-2 sudu besar sos lada hitam
1-2 sudu kecil garam
2-3 sudu besar minyak untuk menggoreng
1-2 cawan air

1 paket kulit gyoza (senang didapati di pasaraya)

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar/bawang putih dan halia hingga terbit bau.
2 .Masukan daging ayam cincang, kacau sebentar hingga ayam menjadi putih.
3. Masukan sedikit air anggaran 1/4 cawan.
4. Masukan sos lada hitam, renih sebentar.
5. Apabila hampir kering masukan daun bawang kacau sebentar hingga terbit minyak dan agak kering.
6. Masukan inti kedalam satu daripada kulit gyoza, sapukan sedikit air dikeliling kulit,  lipat dan kepilkan kulit gyoza  dibahagian depan  hingga habis dan lakukan process yang sama hingga selesai.
7. Panaskan kuali dengan 2-3 sudu besar minyak, goreng gyoza hingga agak kekuningan dan angkat.
8. Masukan air kedalam kuali, stimkan gyoza hingga hampir mendidih dan angkat. (Tutupkan sahaja kuali dengan penutup - lebih menyenangkan)
9. Hidangkan dengan sos cili/kicap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...