Jumaat, November 08, 2013

Karipap Pusing




Hari ini teringin pula nak makan karipap.. so biasalah selera kita bertukar tukar mengikut kehendak tekak masing masing.. kalau dalam mukabuku tu ada jea yang rajin update post dengan hidangan hidangan yang menyelerakan dan mendatangkan dugaan juga kerana melihatkan orang yang rajin memasak memasukan juadah juadah mereka pada hari tu.. So apa lagi kalau mereka betul betul boleh memasak dengan begitu rajin sekali apa lagi kita yang melihat betul betul mencabar dengan keinginan.

Kali ini saya mencuba dengan membuat doh yang lebih rangup daripada biasa, terima kasih juga pada blogger blogger masakan yang lain kerana sudi berkongsi resepi mereka didalam blog mereka.. Alhamdulilah dapat juga kita mencuba dengan cara masakan mereka gitu...

Saperti biasa kebanyakan kita sudah biasa dengan membuat karipapkan..apa yang nak diterapkan disini adalah perbezaan membuat dohnya sahaja, kerana karipap pusing memang lebih sedap dan gebu. Ia lebih rangup dan lebih cantik teksturnya. Menggulung sebanyak dua kali gulung memanjang dengan agak nipis dapat menghasilkan bentuk spiral yang lebih jelas. Cara menggorengnya pula haruslah sehingga ia benar benar garing.

Bahan A
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
1/4 cawan minyak
1 cawan air sejuk (anggarkan semasa menguli)

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar margarin/butter
2 sudu besar vegetable shortening
sedikit air untuk menguli

1. Satu dan uli bahan bahan diatas secara berasingan sehingga mendapatkan doh yang tidak melekat dan bahagikan kepada 6 bebola besar.
2. Leperkan satu daripada doh dan masukan doh yang bulat dan salutkan sebelum dileperkan dengan menggunakan kayu penggiling (rolling pin).
3. Leperkan memanjang kemudian gulung sekali lagi sebelum memotong kepada 4-5 bahagian.
4. Selepas mendapat potongan yang bulat leperkan dan masukan inti dan kepilkan.
5. Goreng hingga garing.


Bahan untuk intinya
1 paket daging ayam cincang
3 biji ubi kentang (potong dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 tangkai daun kari

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (disagat)
1-2 sudu besar rempah kari (ayam)
1-2 cawan air
rempah serangkai - 1-2 bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih
sedikit garam dan lada hitam

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, putih dan halia hingga terbit bau.
2. Masukan rempah kari ayam yang dicampurkan dengan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
3. Masukan ayam cincang, kacau hingga menjadi putih.
3. Masukan air anggaran 1-2 cawan, renih sebentar.
4. Masukan ubi kentang, garam dan lada hitam, renih hingga hampir pekat.
5. Masukan tomato, lebihan bawang dan daun kari, renih hingga hampir kering, sejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...