Sabtu, November 02, 2013

Spaghetti Bolognese



Salam pagi ahad.. dah masuk bulan November dah!! haiii.. masa begitu pantas berlalu, termasuklah umur kita yang makin hari makin tua.. apa pun make the best of our life, cukupkan waktu untuk beribadat, cukupkan waktu untuk berilmu, cukupkan waktu untuk keluarga dan kawan kawan dan yang penting sekali mengenali diri kita supaya sentiasa bermuhasabah.. Makan tetap makan... Kelmarin sudah dimasukan resipi bruschetta bolognese, so ini ialah sos bolognese yang berlebihan tu. Lama juga lah tak buat spaghetti ni... kerana tak berapa minat sangat.. akan tetapi atas permintaan anak dara ku hmmmm.. terpaksalah buatkan... hai peminat Italian food lah katakan.. 

Saperti biasa membuat sosnya, hanyalah dengan menggunakan sos Prego sahaja, tetapi saya lebih suka dua kombinasi sos yang berbeza untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Satu ialah Prego Traditional dan satu lagi Prego Mushroom.. samada dicampurkan dengan daging cincang atau ayam cincang jenama Ramlee..   tentu mudah sekali  penyediaan spaghetti ini.. Malah sesuai juga untuk anak anak memasaknya apabila teringin.. kerana semua bahan bahan telah tersedia dan hanya perlu untuk menumis sahaja... Bagi pastanya saya suka memilih jenama Buittoni kerana ia lebih mudah dan cepat untuk dimasak dibandingkan dengan jenama lain.. malah teksturnya pula lebih lembut.

Bahan Bahan untuk sos
1 tin sos Prego Tradisional
1 tin sos Prego Cendawan
1 paket daging/ayam cincang
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit garam
serbuk lada hitam (1-2 sudu kecil)
1-2 cawan air
2-3 sudu besar minyak Zaiton

1 Paket Spaghetti  - di masak didalam air yang mendidih hingga lembut, masukan garam jika suka dan toskan..

1. Panaskan periuk dengan minyak zaiton dan tumis bawang putih/merah hingga terbit bau.
2. Masukan daging/ayam cincang, kacau dan renihkan sebentar.
3. Masukan kedua dua sos, kacau hingga sebati.
4. Masukan air dan renihkan selama 20-30 minit.
5. Masukan garam/serbuk lada hitam. Renih hingga kuah/sos menjadi hampir pekat.
6. Hidangkan bersama spaghetti yang telah dimasak tadi.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...