Khamis, Februari 20, 2014

Brownie Badam




Salam Jumaat yang penuh barakah.. hari ini nak updatekan resipi Brownie Badam yang dibuat kelmarin.  Semasa memasak tu, apa yang dipelajari dari orang dulu dulu, kalau nak masak tu, kenalah sambil sambil berselawat dalam membuat pekerjaan kita sebagai suri rumah kan!! Itu pesanan ibu saya semasa kecil kecil dahulu.  Semasa hendak membasuh sayuran ke, ikan ke, ayam ke malah semua bahan makanan tu eloklah berselawat.. Memang wajar, selain mendapat pahala, ia mendatangkan keberkatan kepada kita sekeluarga.  Malah kehidupan juga akan bertambah berkatnya.  Itulah keistimewaan orang orang islam yang Allah berikan.. Setiap perbuatan ada hikmahnya. Hiduplah kita kerana Allah, melakukan sesuatu kerana Allah... jiwa pun akan tenangkan!


                

Brownie Badam ni memang pernah dibuat dahulu, tetapi menggunakan badam 'flakes' tapi kali ini badam yang dihiris, memang senang didapati.  Cara membuatnya pula memang mudah kerana ia hanya memerlukan butter dan cokelat bar yang dicairkan, kemudian ditambahkan saja tepung dan vanilla pada adunan ini.  Mengikut sesetengah resipi ia tidak dicampurkan garam padanya, jadi garam ditambah untuk mendapatkan rasa yang lebih baik pada Brownie ini. Mencairkan butter dan cokelat memang mudah, ada tiga cara kita boleh mencairkanya.. satu, masukan kedalam microwave selama 1-2 minit hingga cair, cara kedua adalah menggunakan saucepan atau kuali yang tebal untuk mencairkanya diatas api yang sederhana atau cara ketiga meletakan didalam mangkuk kemudian diletakan diatas periuk yang dididih, terpulanglah cara mana yang disukai. Cara dibuat disini adalah mencairkan sahaja didalam kuali dan disejukan sebentar.

Bahan Bahan
250 gm butter
7 oz cokelat (unsweetened chocolate)
3/4 cawan gula Kastor
4 biji telur (size besar - grade A)
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil garam
1 cawan penuh tepung cake (Superfine)
1 cawan badam hiris

1. Panaskan oven, sapukan acuan 6x6 inci dengan sedikit butter dan taburkan sedikit tepung .
2. Cairkan cokelat dan butter didalam kuali hingga benar benar cair.
3. Masukan gula, sedikit garam, kacau hingga sebati.
4. Masukan telur satu persatu, kacau hingga habis.
5. Masukan esen vanilla, sebatikan.
6. Tuangkan kedalam acuan, taburkan badam dan bakar selama 30 minit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...