Khamis, Februari 20, 2014

Ayam goreng Nenas



Masih beresepi lagi hingga kini, kerana apa?  kerana terpaksa haaa haa.. kalau tak tak makan nanti, so juadah hari ini adalah kari ayam, salad timun/nenas, Nasi briyani dan lauk diatas, Ayam goreng nenas. Pelik ke tak pelik, biasa ke tak biasa, tapi terpaksa membiasakan kerana, dirasai sedap juga bila masak begini.  Berkenaan pernah ke tak pernah, permulaannya begini, dulu ada seorang jiran tionghua dekat rumah ini, asalnya orang kelantan, apabila diajukan soalan masak 'masak apa hari ini', maka dijawabnya, Ayam Goreng bersama nenas, tapi taklah ditunjukan masakanya.. Fikir punya fikir, seumur hidup ini, tak pernah pula terdengar atau terjumpa reseipi sebegini.. Bermain jugalah difikirakan bagaimana rupanya.  Apabila membuat salad hari ini dari nenas yang berlebihan, dan dari isi ayam yang dipotong kecil kecil (bite size gitu), terfikir pulak hendak mencuba ayam yang dimaksudkan walaupun cerita itu dah berzaman lamanya..

Isi ayam yang dipotong kecil tanpa kulitnya, diperapkan bersama garam, halia/ bawang putih (yang ditumbuk/kisar dan kunyit, kemudian digoreng dengan minyak yang sedikit saperti pan fry gitu.. (manja manjalah katakan), apabila ayam hampir garing, nenas yang dipotong kecil juga dimasukan dan dikacau goreng hingga nenas hampir  menjadi lembut dan di masukan sahaja daun parsley atau daun sup yang dicincang.  Senangkan boleh mencoba untuk anak anak, tak usah anak anak yang tua pun pasti suka termasuklah tokwan tokwan yang tak ada gigi.... malah tak payahlah nak berbawang ke, bercili ke... tetapi nak masukan apa salahnya..


Bahan Bahan
1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil tanpa kulit - terpulang)
1-2 sudu kecil kunyit serbuk
1-2 sudu kecil gara2-3 ulas bawang putih
1 inci halia (halia dan bawang putih ditumbuk lumat)
1 mangkuk nenas (dadu/hiris kecil)
1/2 cawan daun sup (dihiris halus)
3-4 sudu besar minyak untuk menggoreng

1.  Perapkan ayam bersama kunyit dan garam dan biarkan sebentar.
2.  Panaskan minyak, goreng ayam sambil membalik balikanya hingga hampir garing.
3.  Masukan nenas, kacau goreng hingga nenas menjadi lembut.
4.  Masukan daun sup, kacau seketika, dan terus angkat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...