Isnin, Februari 17, 2014

Masak Lemak Pucuk Ubi


Cuaca nampaknya mendung hari ini.. tetapi tak hujan hujan!!... memang menantikan hujan yang sudah lama tak turun, merisaukan keadaan juga.. Mungkin disebabkan ledakan Gunung Kelud di Indonesia hingga ruang udara disini disini menjadi mendung saperti hendak hujan.

Didalam taman ada pula pucuk ubi yang segar, tetapi semasa mahu mengambilkan, tiba tiba pula terbersin berkali kali pulak tu.. memang sahlah udara disini tidak sihat.  Masak tetap masak makan tetap makan.. Apa lagi masak style kampung begini memang menyelerakan. Hanya dua jenis lauk pun cukup. Malah lauk begini saling lengkap melengkapi dengan rasa lemak dan pedasnya.. Good combination gitu.. so menu hari ini lemak pucuk ubi dan sambal tumis ikan bilis.


Pucuk ubi ini memang sedap, tetapi elok direbus dahulu hinga lembut sebelum menumisnya dengan cili api, bawang besar,  bawang putih, halia, ikan bilis dan kunyit hidup yang ditumbuk.  Kalau hendak letakan serai maka bertambahlah perasanya.. tetapi dibiarkan simple sahaja sebab dah lapar!!  kerana terlalu sibuk beronline, hmm kelam kabut juga memasaknya bila jam menunjukan hampir pukul satu.. Tup... tup.. 15-20 minit siaplah masakanku termasuk nasi putih nya sekali.. haa  jangan tak tahu... dunia tanpa sempadan ni melalaikan.. Kalau mak yang memasaknya, akan ditambahkan ikan temenung atau ikan kembung kedalam lauk ini.. apakan daya tak ada ikan dirumah ni..


Bahan Bahan
1-2 mangkuk pucuk ubi (dibasuh bersih, rebus dengan air sama parasnya)
1 kotak santan
2 cawan air
1 asam keping
secubit garam
2-3 sudu besar minyak

Bahan Bahan tumbuk
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2-3 cili merah
3-4 cili burung/api  (hijau)
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar ikan bilis
1/2  inci halia

1. Rebuskan pucuk ubi hingga lembut dan ketepikan.
2. Panaskan periuk/kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
3. Masukan santan kotak (anggaran 3-4 sudu besar).
4. Tambahkan air yang cukup untuk menutup pucuk ubi. renih seketika.
5. Masukan bahan perasa - asam keping, garam, renih seketika hingga mendidih tan tutupkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...