Isnin, Februari 10, 2014

Moi



              

Semalam selepas membuat Murtabak Roti tu, Wah!... kekenyangan dirasai hingga tengah hari.. walaupun harus memasak sesuatu untuk tengah hari, maka dibuatkan makanan yang ringan begini.. ringkas dan memuaskan...  Elok juga untuk perut yang suka meragam.. diwaktu cuaca begini kebiasaannya kita banyak melebihkan meminum air daripada memakan yang berat berat.. Memang cuaca agak susah diramal diwaktu ini, tetapi kepanasannya masih terasa walaupun berangin.  Musim penyakit apa lah lagi... so banyakkanlah meminum air untuk menjaga kesihatan...

Simple saja bubur atau moi yang dibuat ini, tak banyak bahan saperti selalu dihidangkan di hotel waktu sarapan, ikut sukalah kalau nak tambahkan dengan telur masin, lobak asin, halia hiris, kicap cair dan lain lain.  Memasaknya pula tidak mengambil masa yang lama, sementara menunggu buburnya masak, bolehlah menyediakan bahan sampingan tu... apabila bubur masak.. hmmm pekena panas panas... sodap tu!!

Cara saya memasaknya pula adalah dengan meletakkan halia didalam rebusan beras, kerana saya lebih suka begini..

               

Bahan Bahan
1 cawan beras
4-5 cawan air
1 inci halia (dihiris kasar)
sedikit garam

Bahan sampingan
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis
1 inci halia (dihiris)
sedikit daun bawang (dihiris)
sedikit daun sup (dihiris)
sedikit bawang goreng

1.  Didihkan beras kedalam periuk selama 15-20 minit.
2.  Masukan garam dan halia, terus didihkan hingga beras menjadi hancur dan lembut dan tutupkan api.
3.  Hidangkan bersama bahan sampingan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...