Jumaat, Februari 14, 2014

Puding Ros Hijau


As Salam semua... Panaskan cuaca sekarang.. setiap awal tahun kita akan mengalami dugaan dugaan beginikan.. disini pun dah lama tak hujan, agak menjadi kerisauan bila paras air diempangan dikebanyakan negeri turun dengan drastik sekali.. Marilah sama sama kita berdoa memohon supaya Allah memberikan hujan rahmat kepada kita semua.. Sedihnya ada pula disetengah setengah tempat pula mengalami keputusan bekalan air..memang menyusahkan kalau tiada berairkan, mana nak mandi, membersihkan diri, membasuh pakaian dan lain lain, jadi bagi mereka yang mengalami keadaan begini banyakan bersabar dan memohon doa kepada yang esa..

Untuk mengeruhkan lagi keaadaan negara jiran pula mengalami ledakan gunung berapi, yang sedikit sebanyak menambahkan kepanasan walaupun agak berjauhan, tetapi pada mereka keadaan lebih teruk dengan debu debu yang memenuhi jalan jalan di kawasan yang berdekatan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Untuk menyejukan keadaan Syukur Alhamdulilah, hari dapat juga membuat Puding Ros Hijau ini, sesuai untuk cuaca yang panas begini.  Kalau dilihat ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan atas adalah agar agar biasa yang diwarnakan hijau manakala dibawahnya adalah campuran susu dan kastad, jadi boleh anda agak agak bagaimana rasanya.. Untuk resipinya ada dibawah..


Bahan Bahan
25 gm Agar agar (bertali)
400 ml air
250 ml susu Fullcream Dutchlady
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 sudu kecil vanilla
1 cawan gula
1/4 sudu kecil pewarna hijau 

1.  Rebuskan agar agar dan gula bersama 400 ml air hingga larut.
2.  Asingkan anggaran 2 cawan daripada larutan agar agar kedalam periuk yang lain.
3.  Warnakan agar agar yang diasingkan, tapis dan tuangkan kedalam bekas yang berbunga, sejukan kedalam peti sejuk (bahagian Ais) hingga ia sejat. Cucukan dengan garpu setelah ia keras sebelum menuangkan satu lagi adunan kastad.
4.  Satukan susu, tepung kastad dan vanilla didalam satu mangkuk yang lain dan tuangkan kedalam lebihan agar agar dan masak seketika hingga mendidih.
5.  Tapiskan adunan kastad kedalam agar agar hijau tadi, dan biarkan ia sejuk seketika sebelum memasukan kedalam peti sejuk. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...