Jumaat, Mac 07, 2014

Crepes bersama Sos Markisa



Kelmarin jalan jalan di hutan lipur, terpandang pula buah markisa yang dijual penjaja disitu.. hmmm.. apa lagi 'zappp' lah.. maknanya, belilah.. seumur hidup ini tak pernah jumpa buah markisa tetapi satu peristiwa dahulu semasa majlis akad nikah, tuan rumah memberitahunya.. Pernah memimum jus markisa jadi 'perak' lah sikit.. Pernah mendengar 'Passion Fruit' dan merasainya, tak teringat pula ia buah markisa.. hmm.. begitulah kalau dah tak berapa biasa dengan keadaan di kampung, asyik asyik pergi supermarket jumpa disitu sajalah.. tapi.. nak diikutkan saya memang suka suasana kampung kerana dari situlah bermacam macam tumbuhan yang senang didapati.. tak payah susah susah nak beli.. walaupun taman dirumah hanya dapat merasakan tanaman saperti serai, daun pandan, daun kari, daun pucuk manis, betik yang ditanam sendiri, tetapi masih terbatas dengan tanaman tanaman lain.. bertuah lah yang dapat bercucuk tanam dengan tumbuhan tumbuhan yang segar.


Rasanya yang masam manis dan dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, tetapi kali ini buahnya lebih masam nya dari manis nya.. jadi untuk menghabiskannya, maka dibuatkan sos untuk crepes sebagai sarapan pagi ini. Hmm.. tentu sihatkan. Untuk membuat sosnya memang senang, hanya tambahkan gula sahaja pada buah yang di korekan isinya dan dididihkan hingga hampir pekat, boleh juga di jadikan jem kalau suka dengan didihan yang lebih hingga benar benar pekat.

Bahan Bahan Untuk Sos
5-6 biji buah Markisa (ambil isinya)
3-4 sudu besar gula

1. Masukan isi buah markisa dalam periuk yang kecil bersama gula didihkan selama 5-8 minit.
2. Kacau diatas api yang perlahan  hingga hampir pekat dan sejukan.

Bahan Untuk Crepes
1. 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2. Satu biji telur
3. 1/2 cawan santan kotak
4. 2-3 sudu besar gula
5. 1-2 cawan air (anggaran adunan crepes tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis)
6. Sedikit minyak untuk sapuan diatas kuali leper

1. Kisarkan kesemua bahan diatas hingga benar benar halus dan lembut.
2. Tuangkan kedalam mangkuk.
3. Panaskan kuali leper, sapukan sedikit minyak.
4. Sendukan adunan (menggunakan senduk), leper dan bulatkan diatas kuali, biarkan beberapa seketika hingga ia tidak melekat pada kuali, balikan dan angkat.
5. Hidangkan bersama sos markisa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...