Rabu, Mac 12, 2014

Kastad Buah Buahan

Salam semua.. dikala ini kita tentu masih mengharap dan berharapkan apabila negara kita mengalami satu kejutan tentang MH370 yang hilang begitu saja. dan banyak pula nyawa didalam pesawat yang malang itu. tak kiralah bangsa apa pun.. kerana mereka masih dinamakan insan selagi mereka masih bernyawa.  Hingga ke hari ini, berbagai bagai teori dan cerita cerita yang direka oleh mereka yang tidak bertanggung jawab atau sekurang kurangnya perihatin tentang musibah yang menimpa.. Apakah manusia begini tidak mempunyai perasaan atau mempunyai agenda agenda tersendiri daripada bersatu hati berdoa untuk kebaikan semua...

Penerimaan rakyat Malaysia kebanyakanya terkejut dengan berita ini, kerana keterlekaan dan keselesaan telah membuat kita terfikir semula, apakah ini musibah atau bala yang menimpa. Kejadian begini banyak membuat kita terbangun semula dan seharusnya kita bersatu hati semula dari memikirkan kepentingan  sendiri.  Walaupun berbagai bagai usaha telah dilakukan namun kita tidak dapat melawan kuasa Allah.. Siapalah kita dikala ini?  terlalu kerdil tetapi kehidupan manusia ini kekadang melebihi dari kehendak yang Allah gariskan.. Mungkin angkuhnya kita terhadap yang maha esa hingga kita baru mengenal siapa diri kita.. Jawapannya kembali kepada Allah.

                         

Cuaca negara kita pula begitu panas dan kering dikala ini, selain mengharap dan berharap, hidup perlu diteruskan walaupun perasaan masih bersedih dengan apa yang berlaku.  So hari ini, hanya dapat membuat satu hidangan yang menyejukan sambil sambil mengharapkan berita yang positif dari media...
Senang dan cepat untuk sesiapa pun yang inginkan sesuatu yang sejuk dikala cuaca yang panas ini. Resepi ini hanya untuk dua orang saja.. kalau nak lebih tambahkan saja adunannya.

Bahan Bahan
2 cawan susu (Full cream Dutchlady)
1 sudu besar tepung kastad (dicairkan dengan 2-3 sudu besar susu)
3-4 sudu besar gula
1 sudu kecil vanilla
1 tin kecil buah buahan campur
sedikit garam

1. Masukan susu kedalam periuk kecil/saucepan.
2. Masukan gula, vanilla, garam  kacau hingga sebati.
3. Panaskan adunan diatas api yang perlahan hingga hampir mendidih.
4. Masukan adunan kastad, kacau (tanpa henti) hingga adunan menjadi pekat dan tuangkan kedalam acuan/cawan yang sesuai.
5. Sejukan dan masukan 2-3 sudu buah buahan diatasnya. Elok dihidangkan sejuk.






                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...