Isnin, Mac 17, 2014

Puff Ayam

Salam semua..  Masak makan, makan masak, tak masak tetap kena makan, walaupun puasa kena juga makan itulah hakikat makan. Hari ini kita makan 'Chicken Puffs' atau Puff Ayam..  Kali ini dibuat dengan cara yang berbeza kerana ada lobang lobang gitu.. Kalau dulu di hiris sedikit diatasnya, kali ini di tekapkan dengan acuan kecil dan nampak berlubang supaya ia tidak pecah sewaktu memasak. Anda yang tidak biasa boleh saja melihat cara cara dari gambar yang disediakan.


Untuk intinya pula adalah ayam berperisa kari dengan ubi kentang. 


Bahan Bahan untuk intinya
1/2 paket ayam cincang (jenama Ramlee)
1 biji ubi kentang saiz sederhana (dadu kecil)
1 biji tomato (dadu kecil)
1 sudu besar daun saderi (hiris halus)
1 sudu besar daun bawang (hiris halus)
1 labu bawang besar (dadu)
1-2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar rempah kari ayam
1 cawan air
2-3 untuk bahan berikut: bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga 
1 helai daun kari (terpulang)
Garam dan sedikit lada hitam
3-4 sudu besar minyak sapi

1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga,  bunga lawang, bunga cengkih hingga terbit bau.
2. Masuk isi ayam, kacau hingga bertukar warna.
3. Masukan satu sudu rempah kari, kacau seketika.
4. Masukan air, garam, lada hitam, renih hingga hampir mendidih.
5. Masukan tomato, biarkan sebentar.
6. Apabila hampir kering, masukan daun saderi dan daun bawang, kacau hingga kering dan tutupkan api. 


Untuk Bahan Pastri
1 paket Puff Pastri jenama Kawan
1 biji telur (dipukul untuk sapuan diatas)
1 bentuk acuan kecil yang berlubang.

1. Keluarkan satu dari pastri yang telah dinyah beku.
2. Tekapkan acuan yang berlubang kecil keatas pastri, dengan 8 tekapan bulat, hanya pada bahagian atas.
3. Isikan sebahagian lagi dengan inti ayam.
4. Lipat bahagian yang dilubangkan kehadapan dan tekan setiap bahagian tepi pastri untuk dilekatkan.


5. Pukul telur dan sapukan telur dengan menggunakan berus, melputi semua bahagian.
6. Bakar pada suhu 180 darjah C hingga kekuningan selama 20 minit.


** sebelum membakar oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...