Selasa, Mei 13, 2014

Cheesecake Badam dan Chocochips


Salam semua, hari ini hari Vesak.. cuti lagi!!  bila anak dah besar semua, maknanya sama saja, cuti ke tak cuti ke.. cuti selalu.. malah bila cuti lagilah sibuk kalau tak keluar, kalau keluar pula, kerja rumah menjadi overtime pula.. pada keesokannya.. biasalah tu.... namun begitulah hakikat kehidupan, seronok pula dapat berkumpul dirumah.

Hari ini beresepi dengan cheesecake yang ditop-upkan dengan badam hiris dan cokelat chips. Biasa membuat cheesecake tapi tidak selalu, malah membuatnya memang senang kalau nak diikutkan. Tak payah nak refer pada resepi banyak banyak, main hentam saja asalkan dengan bahan yang ada boleh saja diolah secara tersendiri.. 

Percubaan kali pertama agak janggal, kerana masih tidak faham akan keperluan yang sebenar mengenai cheese cake, tapi bila diamati memang kalau kita sendiri faham akan apa yang kita mahu, jadi segala nya akan dilakukan dengan kefahaman sendiri. Untuk 'base'nya atau lapisan bawahnya kita mempunyai dua pilihan sama ada hendak membakar atau memasukan saja kedalam peti sejuk kerana ia adalah adunan biskut (Digestive Biscuit) yang dikisar dan di gaulkan dengan butter. Disini untuk membuatnya saya membakarnya pula berbeza dengan percubaan dahulu.  So terpulanglah sama ada hendak membakar atau menyejukanya didalam peti sejuk sebelum menuangkan adunan cheese.


Bahan Bahan Atas
250 cream cheese (Turtura)
250 gula icing
2 biji telur
1/2 cawan hirisan badam
1/4 cawan chocolate chips
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam

Bahan Bawah
10-15 keping biskut (Digestive)
1/2 cawan butter (dicairkan didalam Mikrowave/kuali)

1. Kisarkan biskut didalam pengisar hingga menjadi serbuk.
2. Campurkan butter yang sudah dicairkan, kacau rata hingga sebati.
3. Leperkan kedalam acuan yang boleh dikeluarkan dengan menekan dan tekap hingga memenuhi ruang. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah C. dan sejukan.
4. Masukan cream cheese dan gula kedalam pengadun kek, putar hingga sebati.
5. Masukan telur satu persatu.
6. Masukan vanilla, putar hingga benar adunan menjadi kembang.
7. Tuangkan adunan keatas permukaan biskut, ketuk tin untuk mengeluarkan udara.
8. Taburkan hirisan badam dan aturkan chocolate chips diatasnya.
9. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 25-30 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...