Hari ini Masak Makan menyediakan sayuran kacang panjang masak lemak bersama pucuk. Pening juga hendak memikirkan nak masak apa.. akhirnya dengan benda yang ada inilah yand dapat difikirkan, dapat juga satu hidangan yang berkuah kalau nak diikutkan. Sedap juga kalau ditambahkan dengan udang pada masakan ini.. tetapi dibiarkan mudah kerana stok semuanya dah habis.. jadi masaklah dengan apa yang ada..
Masakan lemak ini ditumis dahulu sebelum memasukan santan pekat.. kalau ada tanghun dan bahan bahan lain pasti boleh membuat resepi lontong kalau nak diikutkan..
Bahan Bahan
6 batang kacang panjang (ptong serong anggaran 1 inci)
1 biji cili padi bewarna merah (dihiris)
2 keping pucuk (soya kering)(patah dan rendamkan hingga kembang)
3-4 sudu besar santan kotak
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air
4 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
garam
3-4 sudu besar minyak
1. Panaskan kuali dengan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga terbit bau.
2. Masukan santan pekat, kacau seketika.
3. Masukan air, serbuk kunyit diikuti dengan kacang panjang.
4. Renih hingga kacang hampir lembut dan masukan pucuk, kacau dibiarkan sebentar sebelum menutup api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan