Khamis, Mei 29, 2014

Tenggiri Berkicap


Satu lagi juadah Masak Makan hari ini.. dengan ikan  tenggiri goreng berkicap.  Tentu sedap kalau dikenakan dengan nasi panas panas kan!  Lama benar tak masak kicap. 


Bahan Bahan
3 potong ikan tenggiri
1 sudu kecil kunyit serbuk
sedikit garam

1.  Satukan serbuk kunyit dan garam dan lumurkan pada ikan tenggiri, goreng hingga garing dan ketepikan.

Bahan Bahan untuk Sos
1 labu besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 cm halia (hiris halus)
2-3 cili padi (diketuk)
1 cili hijau (belah memanjang)
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar kicap lemak manis
1 cawan air
sedikit garam
2-3 sudu besar minyak.

1.  Panaskan kuali dengan sedikit minyat, tumis separuh dari bawang besar, bawang putih, halia, cili merah hingga terbit bau.
2.  Masukan cili boh, kacau sebentar hingga terbit minyak.
3.  Masukan air, renih seketika.
4.  Masukan kicap dan sos cili, garam kacau dan renih hingga kuah hampir pekat.
5.  Masukan sebahagian dari bawang besar dan cili hijau, kacau dan tutupka api.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...