Sabtu, Mei 24, 2014

Nasi Briyani Ayam

Salam semua.. dah dua tiga hari teringinkan nak makan nasi briyani.. ingatkan nak beli saja atau pergi makan luar gitu.. tetapi bila difikirkan sedap juga kalau dibuat sendiri memandangkan bahan yang baru saja di stok kan dirumah, dik kerana tinggal berdua saja jadi masaknya adalah sedikit sahaja.


Kali ini mencuba dengan rempah briyani Faiza.. tak pernah pun mencubanya dan nasinya adalah dari jenis beras basmati yang panjang jenama Kohinoor tu.. Banyak perbezaan dapat dilihat pada beras Basmati ini.. Seeloknya ia direndam tidak kurang dari 45 minit hingga satu jam.  Cara masakannya pula adalah dua dalam satu... mudah gitu kerana sesudah memasak lauknya, dimasukan sahaja sebahagian dari lauk dan lebihan minyak pada lauk yang dimasak kedalam nasi yang ditanak tiga suku masak. Pewarna kuning dititikkan pada nasi dibeberapa bahagian diatasnya, sebelum menaburkan bahan bahan lain saperti bawang goreng, daun pudina, kismis dan badam.



Bahan Bahan
1 1/2 cawan beras Basmati Kohinoor (direndam selama sejam)
3 cawan air
1 1/2 susu cair
1 sudu kecil garam
2 daun Bay/pandan
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan kismis (digoreng dengan sedikit minyak)
1/2 cawan gajus (digoreng dengan sedikit minyak)
1/2 cawan bawang goreng
1/4 sudu kecil pewarna
Sedikit garam

1. Rendam beras basmati selama satu jam.
2. Masukan kedalam periuk nasi elektri bersama air, susu dan garam.
3. Masak hingga 3/4 masak (elok disediakan lauknya dahulu sebelum memasak nasi)
4. Apabila sudah 3/4 masak atau air sudah hampir kering, masukan sebahagian dari lauk yang dimasak tadi  (tanpa kuah yang banyak) kacau sedikit.
5. Apabila sudah kering, titikan pewarana kuning (sedikit sahaja) pada beberapa tempat. Taburkan daun pudina, kismis, gajus dan bawang goreng dan biarkan ia masak sendiri didalam periuk elektrik.


Bahan untuk Ayam Briyani
8-10 ketul ayam
1 labu bawang besar (dadu)
1 biji tomato (dadu))
Sedikit daun pudina (dibuang batangnya)

Bahan Bahan Tumis
2 sudu besar rempah briyani Faiza (dibancuh dengan sedikit air)
1 labu bawang besar (dadu)
1 sudu besar pes halia (disagat/tumbuk)
1 sudu besar pes bawang putih (sagat/tumbuk)
2 daun bay
Rempah serangkai - 3 biji buah pelaga, 3 bunga lawang, 3-4 bunga cengkih 1 inci kayu manis
1 sudu besar minyak sapi
2-3 sudu besar minyak canola/jagung/sayuran
3-4 sudu besar santan kotak
1 sudu kecil garam
3-4 cawan air

1. Panaskan periuk dengan minyak sayuran yang dicampurkan dengan minyak sapi.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia berserta dengan rempah serangkai hingga terbit bau.
3. Masukan rempah briyani, daun pudina  dan tomato kacau hingga terbit minyak.
4. Masukan ayam, kacau seketika dan masukan air dan santan.
5. Renih hingga kuah menjadi pekat dan terbit minyak.
6. Ambil separuh daripada ayam dan masukan kedalam nasi yang hampir masak, kacau seketika sebelum memasukan bahan lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...