Selasa, Mei 20, 2014

Pengat Jagung

Sudah dua tiga hari jagung manis dibeli dan tak banyak pun hanya dua batang sahaja.  Dibiarkan didalam peti sejuk kerana ia dibalut elok dengan plastik jadi tibalah masanya hari ini untuk membuat bubur jagung atau pengat jagung kerana apa kerana teringin nak memakannya.


Kali ini bubur ini dibuat dengan lebih pekat lagi dengan penambahan sagu biji dan sesuai untuk makan sama ada sejuk atau panas. Hanya dengan sebatang jagung yang di hiris bijirin nya dapat menjamu 2-3 hidangan sahaja.

Memandangkan bulan puasa yang akan tiba tidak lama lagi, menyediakan hidangan atau dessert saperti ini memang sesuai sebagai manisan dibulan puasa. Tips untuk hari ini, sagu dari pengat ini mudah pekat/kental jika dibiarkan, jika ia berlaku, tambahkan saja air panas dan renih sebentar untuk mencairkannya.




Bahan Bahan
1 batang jagung (terpulang)
4-5 sudu besar santan kotak
2 helai daun pandan (dikerat/simpul)
3-4 cawan air
2 sudu besar sagu biji (basahkan seketika dengan tapis)
1/4 sudu kecil garam
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir

1. Hiris bijirin jagung dari satu batang jagung.
2. Masukan air kedalam periuk bersama jagung dan daun pandan, rebus sebentar hingga lembut.
3. Masukan santan, gula merah, gula pasir, garam, kacau hingga hampir mendidih, masukan sagu biji, kacau hingga sagu menjadi jernih dan tutupkan api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...