Salam semua, hari ini nak updatekan satu resepi yang mudah untuk berbuka puasa hari itu... Entah hari apa.. pun dah lupa.. hmmmmm kerana kesibukan sedikit barulah senang sedikit hari ini. Juadah yang sesuai untuk mereka yang gemar memakan daging iaitu daging goreng kunyit dan serbuk jintan manis.
Elok dibuat sebagai lauk sampingan sahaja.
Mudah jea caranya.. daging haruslah diperap dengan bahan kisar, dicampurkan dengan serbuk kunyit dan serbuk jintan manis dan jintan kasar. Elok diperap beberapa jam dahulu sebelum digoreng. Sama ada hendak merebusnya dahulu untuk melembutkan atau boleh saja digoreng hingga garing sahaja. Sebagai tambahan kentang dihiris nipis dan digoreng asing dahulu sebelum menggoreng daging. Setelah kentang di hiris, dilumurkan dengan sedikit garam, digoreng dengan minyak hingga garing dan diketepikan.
Bahan Bahan
1/2 kg daging (dihiris kecil dan nipis - elok digunakan daging batang pinang)
1-2 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dihiris nipis)
1 batang daun ketumbar (dihiris)
1 labu bawang Bombay (dihiris bulat)
1 sudu kecil kunyit serbuk.
1-2 sudu kecil serbuk jintan manis
1-2 sudu kecil serbuk jintan halus
garam dan lada hitam
1 cawan minyak masak
Bahan Bahan Kisar
3-4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1 batang serai (dihiris)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1. Perapkan daging yang dihiris bersama bahan perapan selama beberapa jam (3-4 jam).
2. Panaskan kuali dengan minyak yang secukupnya.
3. Goreng ubi kentang yang digaulkan dengan sedikit garam hingga garing, ketepikan.
4. Masukan daging yang diperap tadi, goreng hingga benar benar garing, (masukan air jika perlu).
5. Masukan daun ketumbar dan bawang bombay, biarkan beberapa minit dan terus angkat.
6. Hidangkan dengan kentang yang digoreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan