Selasa, Ogos 12, 2014

Quiche Keema


Salam semua.. hari ini Masak Makan tak tahu apa nak masak dan tak tahu apa nak makan, tetapi akhirnya Masak Makan menyediakan Quiche ini, dapat juga makan untuk dinner gitu.. Fenin bila memikirkan apa nak makan.. nak buat karipap, mengambil masa yang lama hendak membuatnya, bila anda rasa remeh sangat dengan menguli dan menggentel, buat saja begini.. tetapi harus lah ditambahkan dengan telur dan susu yang dipukul dengan sedikit garam dan lada dan di masukan yang dituangkan kedalam adunan ini sebelum membakarnya selama 30-40 minit.. haa senang gitu.. 



Bahan Untuk Inti
1 packet ayam cincang/isi ayam
2 biji ubi kentang (dibuang kulit dan dibelah dadu)
1 batang daun ketumbar (diracik)
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (diketuk/hiris)
1/2 inci halia (dihiris halus)
2 biji telur
1 cawan susu
1 sudu besar rempah kari ayam
rempah serangkai (3 buah pelaga, 3 bunga cengkih, 1-2 bunga lawang dan 1/2 inci kayu manis)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah/lada hitam
3-4 sudu besar minyak masak

Bahan untuk pastri
3 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair
1/4 sudu kecil garam
2-3 sudu besar butter
1 sudu besar vegetable shortening (lemak sayuran)

1.  Mulakan dengan membuat pastri dengan menggaulkan butter kedalam tepung yang telah dicampurkan garam, Gaul butter dan shortening dengan menggunakan 'rub in method' atau tepung di satukan dengan butter menggunakan jejari supaya sebati.  Tambahkan susu sedikit sedikit, kacau dan gaul hingga kental, uli beberapa kali untuk mendapatkan doh yang lembut. Masukan kedalam plastik (cling film), letakan kedalam peti sejuk selama 20-30 minit.

2.  Panaskan kuali dengan minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan rempah serangkai hingga terbit bau.

3.  Masukan ayam cincang, kacau seketika hingga bertukar warna., masukan rempah kari ayam dan serbuk lada hitam/putih.

4.  Masukan air, renih sebentar dan masukan ubi kentang, garam, renih lagi hingga ubi menjadi lembut.  Biarkan seketika diatas api yang perlahan hingga kuah menjadi kering dan masukan daun ketumbar, kacau rata sebelum menutup api.

5.  Keluarkan doh dari peti sejuk, canai hingga menjadi bulat dan nipis, masukan kedalam acuan pie dan kepilkan ditepinya.

6.  Tuangkan bahan inti kedalam acuan, ratakan. Pukul telur dengan susu, tambahkan sedikit garam dan lada hitam/putih, tuangkan kedalam adunan untuk memenuhi ruang.

7.  Panaskan oven terdahulu selama 15 minit dan bakar quiche ini selama 30-35 minit hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...