Rabu, Ogos 13, 2014

Masala Telur

Salam semua.. sama ada nak dinamakan resipi ini Telur Masala atau Masala Telur itu pun menjadi masaalah juga.. bukan apa dalam kita menyampaikan sesuatu pasti ada cara yang dapat memikat pembaca dengan nama dan penulisan, padahal memang ia satu masakan yang biasa dimasak tetapi dengan berblog tentu kita akan dapat idea idea masakan yang ada kalanya .. "Hai... apalah nak masak hari ini"  Masaalah masaalah begini sebenarnya adalah dari sikap kita sendiri sama ada hendak membuatnya, atau mood yang tak dapat disamakan dengan perasaan pada hari tersebut. Jika diikutkan hati para wanita, ibu ibu tentu kalau boleh nak merehatkan dan memanjakan diri akan tetapi ada jea yang perlu diurus walaupun merasakan begitu boring untuk membuatnya.  Bagi kaum keluarga pula, kalau sudah dimasak... hmmmmm... wah! wah!.. menantikan saja waktu makan itu..  begitulah nasib ibu ibu yang banyak memberi dari menerima, betapa kita diganjarkan pula dengan pahala yang banyak hendaknya...




Hari ini, tah apa yang kerajinan sangat dengan menu hidangan tengah hari iaitu, Nasi Briyani, Kurma Ayam dan Telur Masala ini.. sayurnya hanya timun sahaja.. jadilah tu.. Untuk resipi ini, main hentam keromo sahaja, kerana memasak main hentam sajalah pasti sedap jika mengikut kehendak perasaan dan keinginan. so.. untuk resipinya adalah saperti berikut.

Bahan Bahan
5 biji telur ayam (terpulang - direbus selama 10-15 minit, dibuangkan kulit dan dihiris ditepinya)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1-2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji tomato (belah empat)
1 batang daun kari
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 cawan air
garam secukupnya
3-4 sudu besar minyak

1.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga terbit bau.
2.  Masukan kesemua rempah diatas, kacau sebati.
3.  Masukan air, renih seketika.
4.  Masukan tomato dan telur, kacau sebati kuah menjadi pekat dan masukan daun kari sebelum menutup api.

* jika suka tambahkan saja rempah berangkai - buah pelaga, kayu mani, cengkit dan bunga lawang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...