Sabtu, September 26, 2015

Coffee Almond Muffin


If you have a muffin rise like this for sure you will say "Wow"  thats what I said hi... hi.. before Imade this I had the idea and hoping my muffin will rise like this.. somehow it did.  Like mushroom hmm..



Pada siapa yang mengantuk boleh saja kena muffin ini, kerana ada nescafe dalam campuran muffin ini.  Lepas tu bolehlah mata terang gitu..  Joking jea... I really do not know whether it has some effects on people, tetapi pada yang menggemar kopi tentu suka sekali suka pada resipi begini.  Malah MM membuatnya pun tanpa perlu melihat semula pada resipi kerana main hentam saja kerana telah biasa membuat muffin.  So.. bila dia mengembung begini tentu rasa seronok sekali.  Tricknya ialah dengan memasukan  lebih sedikit serbuk penaik dalam  adunan dan isi adunan pada kertas cawan sepenuhnya sebelum dibakar.

Bahan Bahan kering (diayak)
2 cawan tepung kek Superfine
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk penaik

Bahan Basah (disatukan)
1 biji telur
1 3/4 cawan gula
1/2 cawan  butter (dicairkan)
1/4 cawan susu
1 sudu kecil vanilla
1/4 sudu kecil serbuk nescafe

Bahan tambahan - sedikit hirisan badam (boleh didapati di pasaraya)

1.  Panaskan oven pada suhu 180 darja C selama 10-15 minit.  Sediakan acuan kertas dan masukan kedalam acuan muffin.

2.  Satukan bahan basah, pukul seketika hingga kembang.

3.  Masukan bahan kering pada bahan basah, kacau sebati.

4.  Masukan adunan kedalam kertas acuan hingga memenuhi acuan hingga habis.  Taburkan hirisan badam diatasnya.

5.  Bakar selama 20 minit dan sejukan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...