Selasa, Oktober 13, 2015

Brownie Badam

                            
Hari ini MM mencuba membuat sendiri brownie dengan kadar dan sukatan sendiri. Lama sungguh tak buat brownie.. Kalau tak diingatkan tentu lupa akan keujudannya.  Memandangkan butter yang ada didalam peti sejuk harus digunakan, makanya, MM mengambil keputusan untuk membuat brownie walaupun dihantui dengan bermacam macam fikiran sama ada hendak membuat cupcake atau cakes sahaja.
                                             
So apa lagi, MM terpaksa mengingat kembali bahan bahan yang diperlukan kerana semakin lama tidak membuatnya, semakin lupa lah ingatan kita.. Itu lah manusia.. As long as fikiran masih baik, kesihatan yang Allah berikan pun baik, rasanya elok saja diisi dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.
                                                

Kali ini MM main agak je sukatan pada brownie ini. Takut juga dibuatnya. Mungkin kerana terkebiasaan dengan membuat kek telah sedikit sebanyak dapat mengagak texture atau kesesuaian bancuhan untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan gebu dari brownie ini.  Alhamdulilah jadi juga akhirnya.

                                     
Gambar diatas merupakan cara cara brownie ini dibuat.  Bermula dengan satu bekas yang diletakan butter bersama cokelat compound, MM mencairkan ia dengan memasukan ia kedalam Microwave selama 1 minit. Campuran butter dan cokelat, dikeluarkan, dikacau sebati, dibiarkan supaya suam.

Dalam bekas yang lain telur dipukul dan dicampurkan dengan 2 sudu besar susu pekat manis, essen vanilla dan sedikit garam, dikacau sebati sebelum disatukan bersama adunan butter/cokelat.

Tepung diayak bersama serbuk penaik dan baking soda. Gula perang kemudian dimasukan kedalam campuran tepung, diaduk sebati. Akhirnya, adunan tepung dimasukan kepada adunan butter/cokelat, masukan sedikit demi sedikit supaya mudah di kacau dengan menggunakan 'whisk' atau senduk kayu hingga benar benar sebati seblelum dituangkan kedalam acuan.  Ditaburkan hirisan badam Ialu dibakar selama 35-40 minit pada suhu 180 darjah C.

Bahan Bahan perlu dibahagikan kepada 3 bahagian berasingan.

Bahan butter/cokelat (Microwave selama 1 minit hingga cair, kacau sebati, biarkan suam)
250 gm butter
3/4 cawan cokelat compound (MM guna kan cap Nona sahaja)

Bahan yang dipukul bersama
3 biji telur (saiz besar)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil essen vanilla
Secubit garam

Bahan Bahan (diayak bersama keculi gula )
2 1/4 cawan tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik (baking soda)
1/4 sudu kecil soda bikarbonat (sodium bikarbonat)
1 cawan gula perang (kacau sebati bersama tepung)

1.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit. Sediakan acuan bulat berukuran 6 inci dengan sapuan butter dan taburan sedikit tepung.

2.  Satukan bahan butter/cokelat dengan telur yang dipukul, masukan bahan tepung, sedikit demi sedikit, kacau hingga benar benar sebati.

3.  Masukan hirisan badam, kacau dan tuangkan adunan kedalam acuan.

4.  Bakar selama 35-40 minit.  Untuk menentukan ia benar masak, cucukan saja pisau nipis kecil dn pastikan ia keluar tanpa ada adunan melekat pada pisau.  Sejukan sebelum memotong.

                                     






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...