Ahad, Oktober 11, 2015

Nasi Ayam Penyet


      

Salam Ahad yang agak mendung hari ini, bila cuaca sebegini, apa lagi, elok saja masak makan dirumah sahaja, lepas tu boleh lepak, lepak dekat rumahkan .. kan..kan..! Nasi Ayam Penyet yang MM sediakan hari ni, tak cukup quota, sebab tak lengkap dengan bahan bahan sampingan yang sepatutnya ada, saperti tempe, keropok  dan taukua.. Tak apalah.. Tak semestinya lengkap pun asalkan ada sambal terasi dan sup yang sedap itu sudah cukup untuk membangkitkan selera hari ini.

Pada mulanya, bila kenangkan cara hendak menyediakan MM rasa berat sekali dengan banyak bahan yang diperlukan, tetapi MM memudahkan saja cara penyediaannya supaya senang anda ikuti bagi memudahkan penyediaannya.


Bermula dengan merebuskan bebrapa ketulan ayam dengan air yang secukupnya bersama bawang putih dan halia hingga ayam menjadi empuk barulah dikeluarkan ayam untuk diperap. Tinggalkan beberapa ketul isi ayam (dicarik carik sedikit) ditambahkan lagi air atau stok,  masukan serbuk perasa knorr, direbus lagi hingga mendidih.  Masukan garam, lada hitam/putih, daun sup dan tomato untuk warna. 


Beras dibasuh dahulu, dimasukan daun pandan. Setelah sup mendidih, masukan sup/stok kedalaam periuk nasi dengan sukatan air yang cukup, Masukan periuk nasi kedalam alatan elektrik dan tekan butang untuk dibiarkan ia masak sendiri (kalau suka masukkan juga kayu manis, tapi MM lebih suka ia disediakan sebegitu)


Sediakan bahan bahan perapan saperti, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih, daun limau perut, jintan manis dan jintan kasar, kunyit (MM gunakan kunyit serbuk saja. Tumbuk atau kisar hingga sebati, tambahkan garam dan lada hitam secukupnya.


Bahan kisar tadi kemudian diperapkan bersama ayam yang telah dikeluarkan. Agak banyak bahan kisar yang MM buatkan, boleh saja disimpan didalam peti sejuk untuk digunakan kemudian sebagai bahan perapan.


Masukan sedikit daun kari untuk aromanya.  Goreng  hingga garing dan angkat.


Boleh juga diketuk ayam jika suka. Tetapi MM biarkan saja, mengkin kerana itu dipanggil ayam penyet.


Untuk sambal nya, tumbuk atau kisarkan saja cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, tomato, jus asam jawa gula perang dan sedikit garam.  Terpulang pada citarasa anda sama ada mahukan sambalnya halus atau kasar. 


Hidangkan bersama timun, tomato, tambahkan dengan tempe, kepopok belinjau,tauhu atau taukua! Jika suka. Selamat mencuba....






   

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...