Khamis, Oktober 08, 2015

Macaroni Sup



Selepas membuat macaroni stew kelmarin, masih lagi berbaki dengan macaroni yang telah direbus tetapi masih elok kerana disimpan dalam peti sejuk.. Terfikir juga nak buat apa dengan lebihan macaroni ini, hati betbelah bagi sama ada hendak membuat macaroni, goreng, macaroni bakar, atau macaroni sup, tetapi kerana hendak sesuatu yang ringan untuk makan malam, dibuatkan saja sup ayam yang mudah, tanpa banyak bahan pun, tetapi MM menggunakan rempah kurma untuk menyedapkan rasa sup ini. Lebih kurang serupa juga lah dengan rasa sup berempah gitu...
Hidangan untuk : 2/3 orang atau gandakan saja ramuan jika melebihi 2/3 orang.

Bahan bahan
2 mangkuk macaroni (yang telah direbus)
1 mangkuk isi ayam
1 labu bawang besar (dimhiris dadu)
1 biji telur (direbus)
2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kurma
2-3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 cm kayu manis
1 biji tomato (potong enam)
1 biji lobak merah (dadu kasar/potong nipis)
1 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
1/2 cawan bawang goreng
2-3 sudu besar minyak masak
3-4 cawan air/stok ayam
1 sudu kecil serbuk perasa knorr
Garam dan lada hitam/putih secukupnya

1. Panaskan periuk dengan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga terbit bau.

2. Masukan rempah kacau hingga terbit minyak.

3. Masukan ayam, kacau hingga bertukar warna.

4. Masukan air/stok, masukan bahan perasa - garam, lada hitam/putih, serbuk perasa.

5. Masukan lobak merah, tomato, renih hingga ayam empuk dan kuah menjadi hampir pekat dan mendidih, tutupkan api.

6.  Hidangkan bersama telur rebus, bawang goreng, daun sup dan daun bawang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...