Jumaat, Oktober 09, 2015

Quiche Ayam



  


Hari ini MM merajinkan diri dengan membuat Quiche Ayam kerana teringin pulak nak makan
quiche setelah sekian lama.. Malah, termimpi pula nak makan quiche.. Macam macam, selagi boleh makan dan di berikan kesihatan yang baik. Alhamdulilah.. Makan saja secara sederhana dan tidak berlebihan.


Inti pada quiche ini adalah campuran daging ayam yang dipotong kecil, sosej ayam, terung, lada bengala, cili merah, daun bawang dan tomato, agak sihat gitu.  Tambahan perasa saperti daun basil, thyme, lada hitam, dapat membangkitkan rasa quiche ni.


Bahan bahan yang telah siap dipotong ditumiskan dengan sedikit minyak, dibiarkan ayam dan sosej dimasak dahulu, sebelum memasukan bahan sayuran yang lain, kemudian baru dituangkan pada adunan tepung yang telah dimuatkan kedalam acuan. Acuan yang sesuai digunakan adalah jenis dimana ia mudah dikeluarkan pada piringnya.


'Crust' atau kulit quiche yang MM buat agak lembut dan rangup walaupun ia agak melebihi isinya sedikit kerana ia boleh menambahkan kerangupan pada quiche ini. So.. Terpulanglah pada citarasa anda sama ada mahu 'crust' yang nipis atau yang secukupnya. Untuk membuat kulitnya, MM gunakan tepung, susu segar, butter dan sedikit garam, dimana ia diuli, dileperkan dan dimasukan kedalam acuan sebelum memotong lebihan adunan dengan menggunakan 'rolling pin'


Setelah inti dimasukan, ditaburkan cheese, daun bawang dan bawang goreng diatasnya.  Perlu dimasukan bancuhan telur yang dipukul bersama susu dan bahan perasa iaitu garam dan lada hitam.
Ia kemudian dituangkan keatas inti quiche tadi sebelum dibakar selama 25-30 minit hingga kekuningan.
                             

Setelah masak, untuk mengeluarkan quiche adalah dengan meletakkan acuan diatas gelas yang tinggi untuk memisahkan quiche dari acuan yang boleh dikeluarkan piringya


So.. Enjoy.. Makan panas, memang sedap.

Bahan Bahan (untuk kulit/crust)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan butter (potong dadu)
3/4 cawan susu segar/Dutchlady
Sedikit garam

1. Dalam mangkuk yang besar, Masukan garam pada tepung, kacau, masukan butter, picit dan gaulkan tepung supaya sebati.

2. Masukan susu sedikit sedikit, gaul dan uli tepung hingga tidak melekat pada mangkuk. Uli hingga mendapat doh yang besar, biarkan seketika dengan menutupnya dengan plastik (cling film) selama 10-15 minit. Sementara itu boleh menyediakan intinya.

3. Leperkan doh anggaran 1/4 cm sebesar yang boleh dan masukan kedalam acuan pie yang telah disapukan dengan sedikit butter. Asingkan lebihan doh dengan mengguna 'rolling pin'.

4. Tuangkan inti yang telah dimasak, taburkan daun bawang, cheese dan bawang goreng.

6. Tuangkan bancuhan telur dan bakar selama 25-30 minit pada susu 200 dajah C hingga kekuningan.

Bahan untuk inti.
1 cawan isi ayam (dipotong kecil)
2-3 sosej ayam (hiris nipis)
1 biji tomato (dipotong kecil/dadu)
1 lada bengala hijau (potong kecil)
1 biji terung ( potong kecil)
1 pokok daun bawang (hiris)
1 labu bawang besar (dadu)
1 cili merah (hiris)
2 ulas bawang putih (ketuk/cincang)
1/2 cm halia (hiris halus)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil thyme
1 daun bay
Garam secukup rasa
2-3 sudu minyak
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun bay dan thyme kacau lhingga kekuningan.
2. Masukan ayam, kacau hingga berubah warna.
3. Masukan sosej, kacau rata selama 3-4 minit.
4. Masukan terung dahulu, kacau sebentar selama 1 minit, kemudian masukan bahan sayuran lain bersama dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia masak dan tuangkan pada adunan tepung.

Bahan tambahan - daun bawang, bawang goreng, 1 cawan cheese (untuk taburan).

Bahan kastard
2 biji telur
3/4 cawan susu
Sedikit garam dan lada hitam/putih

Satukan dan pukul sebati untuk dituangkan keatas inti quiche tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...