Isnin, Oktober 26, 2015

Pizza Ayam


Salam semua,  apa kata pekena pizza sekali sekala.. Tentu sedapkan..  'Complete meal' begitu dan merupakan satu jenis masakan yang begitu mudah hendak dibuat. cara MM buat tidaklah secara tradisi, bukan apa, menmandangkan sos sebagai 'base' untuk disapukan keatas adunan tepung pizza tidak ada didalam simpanan MM, jadi untuk memudahkan kerja, MM memasak saja isi pizza dengan lebihan tomato yang dicincang bersama isi ayam sebelum menambahkan bahan bahan lain sebagai taburan pada pizza ini.


Untuk memudahkan penyediaan pizza, selalu sediakan dahulu bancuhan tepung pizza, sebaik baiknya menggunakan tepung  'high protein' atau tepung pizza yang sedia dijual dipasaraya.  Adunan pizza bersama yis akan mengambil masa anggaran 20-30 minit, jadi sementara menunggu tepung bancuhan menjadi dua kali ganda dari bancuhan asal, dohnya haruslah menjadi ringam dan lembut.


Inti pada pizza ini merupakan biasa biasa saja, ia hanya mengandungi isi ayam, tomato, bawang besar, lada benggala hijau dan keju . Cukup untuk citarasa MM.

Bahan Bahan untuk doh
2  cawan tepung High Protein
1 sudu besar 'instant' yis/yeast
1 cawan air suam
1 sudu kecil minyak
Sedikit garam

Satukan tepung, yis dan garam, masukan air sedikit sedikit, uli hingga tidak melekat pada mangkuk, masukan satu sudu kecil minyak, sapukan pada tepi mangkuk supaya tidak melekat dan tutup dengan pinggan atau 'Plastic wrap' biarkan hingga ia naik 2 kali ganda, keluarkan doh tambahkan sedikit tepung uli seketika, leper dan bulatkan doh untuk mendapatkan bulatan yang besar.

Bahan bahan inti (topping)
1 mangkuk isi ayam (potong kecil)
1 lada benggala hijau (hiris panjang)
1 bawang besar (hiris bulat)
4-5 biji tomato (1 dihiris bulat 3-4 didadu kecil)
1 cawan cheese yang elah diparut
1/2 cawan air
1 sudu kecil thyme
1 bay leaf
Garam dan lada secukupnya
2-3 sudu besar minyak

1. Panaskan kuali dengan minyak, tumis bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukan tomato yang didadu, kacau hingga lembut.
3. Masukan air, bay leaf, thyme garam dan lada hitam. Renih hingga hampir kering.
4. Tuangkan keatas doh pizza.
5. Letakan lada bengala, bawang, tomato, taburkan cheese diatasnya.
6. Panaskan dahulu oven pada suhu 180 darjah C selama 10-15 minit, masukan pizza dan bakar selama 15 -20 minit hingga kekuningan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...