Selasa, Mac 14, 2017

Tofu Telur bersama Tau Miew


Sesuatu yang mudah dan sihat  dari MM hari ini, masakan tofu jepun bersama tau miew atau taugeh hijau begitu menyelerakan bila dikenakan bersama nasi putih yang panas.  Malah kalau dikenakan dimasakan begitu cukup untuk mendapatkan 'balance diet' kerana MM ada juga mencampurkan sedikit isi ayam, jadi cukup untuk mendapatkan segala khasiat didalam masakan sayuran ini.

Berbeza dengan taugeh putih, tau miew lebih tahan lama kalau disimpan didalam peti sejuk, MM lebih suka memasaknya bersama kuey tiaw gitu, tak payah lagi campuran daun saperti kucai gitu.


Tofu jepun memang mudah diperolehi dipasaraya, dan begitu murah harganya, so apa kata menyimpannya sahaja didalam peti sejuk, sesuai untuk masa emergency apabila tetamu datang. boleh saja dikeluarkan dan memasaknya. Untuk memudah memotongnya tauhu ini, potong sahaja dari atas plastiknya bulat bulat, tidak payah mengeluarkannya kerana ia begitu lembut dan mudah pecah.  Tofu haruslah digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga kekuningan,  sebelum dimasukan kedalam tumisan tau miew.



Bahan bahan
1 paket tofu jepun (hiris bulat)
1 mangkuk tau miew atau taugeh hijau
1 batang cili merah (hiris kecil)
1/2 cawan isi ayam (potong kecil)
2 biji bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih (hiris)
sedikit lada hitam/putih
sedikit kicap masin
1/4 cawan air
sedikit garam
2-3 sudu besar minyak masak

1.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak, goreng dahulu tofu hingga kekuningan dan angkat.
2.  Kurangkan minyak jika berlebihan, dengan anggaran satu sudu besar, tumis bawang merah, bawang putih dan cili hingga terbit bau
3.  Masukan isi ayam, goreng sebentar dan masukan air.
4.  Masukan garam, sedikit kicap masin, lada hitam/putih.
5.  Masukan tau miew, kacau sebati sebentar dan masukan tau miew, kacau sebentar dan angkat.


1 ulasan:

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...