Isnin, April 23, 2012

Pari Bersama Sambal

Kadang kadang hairan juga, kita habiskan masak masak kita dalam masa 15-20 minit.. sebabnya, bahan bahan semua telah disediakan terlebih dahulu. Hidangan ini memang cepat sebab ikan pari tak payah susah nak siang, nak cuci, apalagi terus saja digaramkan ikan pari ini dan di goreng dengan sedikit minyak (Pan fry) hingga kekuningan. Teknik memasak pun lebih kurang saperti ikan bakar..boleh gunakan kuali leper dan terus masakkan ikan tu dan tutup sebentar dan tambahkan minyak sedikit sedikit hingga masak kekuningan.

Sementara menunggu ikan masak, ambil 1 biji bawang besar, tomato, cili hijau, serai dan hiris halus halus atau potong kecil kecil.   Tumbukkan pulak 3-4 biji cili dengan 1 cm belacan, masukan garam, gula dan air asam.

Satelah ikan masak, angkat dan letakkan didalam pinggan, tambahkan satu sudu kecil minyak dan gorengkan sambal yang ditumbuk dan terus masukkan bahanbahan yang di potong kecil kecil tadi..masak hingga terbit minyak dan tuangkan atas ikan tadi... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...