Bahan Bahan : 1 mangkuk kecil daging, 2-3 cawan santan, 1 biji ubi kentang di potong panjang, 1 biji tomato,1 biji cili hijau, garam, minyak sapi.,1 sudu kecil rempah beriani, 1 sudu kecil 'garam masala' ,1 sudu kecil
rempah daging dan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
1. Perapkan daging dengan rempah beriani, garam masala, rempah daging dan serbuk kunyit, masukkan sedikit garam dan perapkan selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging hingga kecut dan masukkan air, renih sebentar, kemudian masukkan santan ubi kentang dan biarkan daging dan ubi kentang lembut.
3. Apabila kuah menjadi pekat masukkan tomato dan cili hijau dan masak selama seminit dua dan tutup api. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan