Sabtu, April 21, 2012

Kueh kemboja

Ini memang my favorit.. dalam sebulan mungkin 2-3 kali akan buat,  tapi buat yang lagi satu tu... bengkang pandan.. lagi pun senang dan cepat. Bawak keluar je blender tu dan terus masukkan bahan-bahan, putar dan tuangkan pada loyang..
tak gitu!! lepas tu masukkan dalam oven yang telah dipanaskan.  famili pun suka juga. Sekarang ni dah ada santan instant, pewarna hijau instant.. ape susahnye.. hanya bezanya santan dan daun pandan untuk coloring tu lebih enak dan lemak.. ikut suka lah...

Bahan bahan : 3 biji telur, 1 1/2 cawan gula,secubit garam, 4 cawan santan , 3-4 cawan tepung gandum, 3 sudu jus daun pandan, 2-3 sudu besar bijan (untuk di tabur). Minyak sapi/butter untuk ditumis.

1. Masukkan telur, gula. garam, santan , jus daun pandan dan blenderkan sebentar, kemudian masukkan tepung sedikit sedikit dan blender lagi hingga sebati..

2. Panaskan acuan yang disapukan dengan sedikit minyak selamat 1-2 minit dan keluarkan dan tapiskan adunan yang diblender tadi.

3. Bakar pada suhu 180-200 darjah C hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...