Jumaat, Mei 11, 2012

Ayam Pandan Bermadu


Satu resepi ayam yang pasti membangkitkan selera iatu Ayam Pandan Bermadu.  Mudah jea resepi ini seolah olah ia satu resepi yang biasa dimasak saperti ayam bersambal gitu.  Lebih menarik pada resepi ini adalah tambahan daun pandan yang dapat membakitkan aroma pada masakan ayam ini.

Bahan Bahan
6 ketul ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 labu bawang besar (dadu)
1/2 cm halia (hiris)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 helai daun pandan (potong anggaran 2 inci)
1 biji limau nipis (ambil airnya)
1 sudu besar madu
3-4 sudu besar cili boh
1/2 cawan minyak masak

1. Perap ayam bersama dengan kunyit dan garam, biarkan sebentar dan goreng hingga hampir garing, ketepikan.
2. Kurangkan minyak pada kuali, masukan bawang besar, halia, bawang putih,  daun pandan goreng hingga terbit bau.
3. Masukan cili boh, kacau seketika hingga terbit minyak.
4. Masukan perahan limau nipis, garam dan madu. Renih hingga hampir pekat.
6. Masukan ayam yang telah digoreng, kacau hingga sebati hingga terbit minyak dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...