Jumaat, Jun 15, 2012

Cucur Udang Roti


Memandangkan ada roti yang nak 'expire', dan memikirkan apa hendak dibuat untuk minuman petang, makanye.. terbuatlah cucuq ini.. Roti yang adapun ada 6 keping jadi untuk membuatnya, dikoyakkan roti itu kasar kasar dan dicampurkan dengan sedikit air suam dan dilenyekkan hingga menjadi lembut, kemudian dicampurkan dengan sedikit tepung dan garam. Bahan yang digunakan adalah saperti membuat cucur udang biasa. Rasanya lembut dan rangup apabila memakannya dicicahkan dengan sedikit sos cili.. wah boleh terangkat juga.. hi hi.


Bahan Bahan
6 keping roti
sedikit air suam
5-6 sudu besar tepung gandum
1 biji bawang besar (dadu)
1 bii cili merah (dicincang)
5-6 ekor udang basah (dicincang halus)
2 pokok daun bawang (dihiris halus)
sedikit garam
sedikit perencah ayam (maggi)

1. Koyakkan roti kasar kasar dan tuangkan air suam keatas roti dan lenyek hingga kembang.

2. Masukkan tepung dan garam dan gaulkan bersama sedikit air hingga kental (tidak terlalu kental, buat saperti bancuhan cucur biasa) sambil memasukkan bahan yang lain dan kacau hingga sebati.

3. Panaskan kuali dengan minyak (anggaran 1-2 cawan) dan jemputkan adunan tadi dan goreng hingga garing serta membalikkannya hingga kekuningan.

4. Hidangkan bersama sos cili.

** Roti yang digunakan adalah roti Gardenia atau apa apa roti pun boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...