Isnin, Disember 24, 2012

Kari ayam Masala

Aha.. Ni kari ayam masala bukan masaalah yea.. Kalau ada masaalah masaklah kari ayam ni.. Hilanglah segala masaalah.. Kari ni adalah jenis kari yang agak pekat tanpa santan dengan campuran 'garam masala', rempah kari, kunyit, rempah cili atau boleh gantikan dengan cili boh. So hari ni dah masakan nasi briyani, jadi inilah lauknya..

Bahan bahan
6-8 potongan ayam tanpa kulit
1 biji tomato (belah 4)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 btg daun kari
2 sudu minyak sapi
Garam dan lada hitam - tambahan perasa

Bahan bahan rempah
1 sudu besar rempah kari Baba
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil serbuk cili
(Dicampurkan dengan sedikit air)

Bahan bahan tumis
1 labu bawang besar
1/2 cm halia ditumbuk bersama 2 bawang putih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1-2 bunga lawang
1 cm kayu manis

1. Panaskan periuk dengan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukan bahan rempah dan kacau hingga terbit minyak.
3. Masukan ayam dan kacau hingga sebati.
4. Masukan 2 gelas air dan renih hingga kuah menjadi pekat.
5. Masukan tomato, daun kari, cili merah/hijau dan masak untuk seminit dua lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...