Masakan Kari Dal yang direbus naik kemudian tumis ni adalah cara yang saya tidak pernah cuba, tetapi menyukainnya kerana kita boleh tumis kemudian selepas merebus kacang dal bersama bawang putih dan halia hingga kacang menjadi lembut. Tak perlu bawang merah pun! Apabila kacang dal hampir empuk, masukan sayuran yang didadu saperti ubi kentang, lobak merah, terung, lobak putih, tomato dan cili hijau. Tumisan atas pula adalah campuran biji sawi, dan daun kari. Untuk kuahnya pula adalah campuran kunyit serbuk dan serbuk jintan manis dan jintan kasar.
Bahan bahan
1 cawan dal (Australia atau jenis lain)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan kasar
1 sudu kecil biji sawi
1 helai daun kari
1 btg cili hijau
1 cm halia ditumbuk bersama 2-3 bawang putih
Sedikit garam
1-2 sudu minyak sapi
Bahan sayuran yang didadu
1 biji ubi kentang
1 btg lobak merah (kecil)
1 btg lobak putih
1 biji tomato
1 biji terung hijau
1. Basuh dal dan rebus dengan 2 cawan air (tambah jika perlu) hingga dal hampir empuk.
2. Masukan bawang putih dan halia.
3. Masukan kunyit serbuk, serbuk jintan halus/kasar.
4. Apabila dal hampir empuk, masukan bahan sayuran kecuali cili hijau yang dimasukan apabila hampir masak.
5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak sapi dan tumis biji sawi dan daun kari, goreng hingga terbit bau dan tuangkan kedalam kuah dal. Masukan garam sebagai perasa.
6. Masukan cili hijau dan sedikit lagi daun kari sebelum menutp api.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan