Sabtu, Februari 15, 2014

Karipap


Hari hari yang dilalui tanpa aktiviti sudah tentu memboringkan... Hidup perlu ada keseimbangan dengan aktiviti barulah dapat merasakan satu nikmat dalam kehidupan.
Bagi suri rumah, apa lagi kalau bukan menyediakan juadah hidangan untuk sarapan, makan tengah hari dan seterusnya.

Memandangkan cuaca yang agak panas kebelakangan ini, malas pula rasanya nak keluar, jadi hari ini kerajinan dengan membuat karipap. Cukup untuk 'Brunch' kalau lapar nanti lain ceritalah pulak.. susah susah beli saja jea nanti..

Kali ini membuat karipap pusing dengan adunan tepung yang mudah.. tak digunakan teknik menyatukan dua jenis tepung yang di baluti, saperti membuat karipap pusing yang biasa, tetapi masih rangup dengan penambahan tepung jagung kedalam adunan tepung gandum.  Memang rangup, tetapi kalau nak rangup lagi elok digaringkan semasa menggorengnya.


Bagi intinya pula adalah perasa kari dengan isi ayam dan ubi kentang.. Untuk intinya bahan bahan adalah saperti berikut.

Bahan Bahan
____________________________

2 biji ubi kentang (bersaiz besar) - didadu
1 cawan isi ayam (dicincang)
1 biji tomato
1-2 cawan air
sedikit daun bawang dan daun sup - dihiris
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
2-3 bunga cengkih,  bunga lawang, buah pelaga dan 1/2 inci kayu manis (rempah berangkai)
1-2 sudu besar rempah kari ayam (Babas)
2-3 sudu besar minyak
1-2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam


1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar bawang putih bersama rempah berangkai hingga terbit bau.

2. Masukan ayam, kacau hingga sebati selama 1-2 minit.

3. Masukan air, biarkan sebentar sebelum memasukan ubi kentang.

4. Renih hingga ubi menjadi lembut, tambahkan garam, lada hitam.

5. Masukan daun bawang/sup apabila hampir kering, tutupkan api dan sejukan.



Bahan untuk pastri
____________________________

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar magerin/butter
1-2 sudu kecil garam
1 cawan air ais

1. Satukan tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukan margin/butter dan gaulkan dengan hujung jari supaya sebati.
3. Satukan garam pada air ais dan kacau.
4. Tuangkan sedikit demi sedikit air kedalam adunan tepung dan uli sebentar hingga tidak melekat pada mangkuk.  Biarkan sebentar sebelum membulatkan sebanyak segenggam cubitan tepung.

5. Gelek, leperkan dan gulung, kemudian dileperkan lagi saperti gambar sebelum memotong kepada 4 bahagian.



6.  Gelek untuk meleperkan dan masukan kedalam acuan.

7.  Isikan intinya dan lipat acuan. lakukan process yang serupa hingga habis.

8. Goreng diatas api yang sederhana hingga kekuningan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...