Selasa, Ogos 26, 2014

Ayam Berlemon


Salam semua.. Hari ini nak sharekan recipe yang mudah dan sesuai untuk anak anak, kerana ia tidak pedas dan begitu mudah untuk disediakan.. Lama juga tak update blg ini.. Kena ikut mood jugalah .. kerana ada masa kita sibuk dengan benda benda lain akan tetapi masak tetap masak walaupun simple.


Bahan bahan untuk ayam goreng
1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil
1/2  cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1 susu besar kicap cair
1 sudu besar bijan
Sedikit garam dan lada sulah
1 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sos
3-4 sudu besar perahan lemon
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula 
5 sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung

1.  Perapkan ayam bersama tepung gandum , tepung jagung, kicap, lada sulah dan sedikit garam selama 15 -30 minit.
2.   Goreng ayam dalam minyak yang panas hingga kekuningan dan toskan.
3.   Satukan kesemua bahan sos kedalam kuali/saucepan, kacau diatas api yang perlahan sehingga pekat sedikit, tuangkan sos keatas ayam yang sudah digoreng dan taburkan bijan diatasnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...