Khamis, Oktober 22, 2015

Dendeng Daging

Nampaknya masih lagi terpaksa berkurung lagi dirumah kerana cuaca masih lagi berjerebu dimana ia menjadikan cuaca begitu mendung dan agak menyesakkan keadaan kerana kita kehilangan udara bersih.  Meskipun mengharapkan hujan turun dengan lebatnya supaya dapat menokhtahkan keadaan begini,  Hanya doa dan harapan supaya hujan turun sahaja yang dapat menyelesaikan keadaan yang dihadapi.


Elok juga kalau kita mempunyai stok makanan agar dapat mengurangkan masa diluar.  Bagi MM, jarang sekali membuat masakan daging, hanya pada hari hari perayaan sahaja di sediakan. Almaklumlah umur pun sudah meningkat. Silap silap kena darah tinggi pula.


Masakan ini mudah disediakan, kerana pagi pagi lagi MM sudah merebuskan daging selama 2 jam hingga lembut.  Apabila tengah hampir tengah hari baru MM memulakan memasaknya. Daging yang telah direbus, dikeluarkan untuk di tumbuk atau diketuk dengan penukul daging hingga leper supaya mudah untuk menjamah nya. Satu hidangan dari negara jiran kita, tetapi kalau diikuti, kebanyakan resepi ini disediakan dengan cara berbeza, jadi, MM pun sediakanlah ia dengan versi sendiri juga. Terpulang pada 'taste' masing masing kan..


Untuk membuat 'bumbu' atau sambalnya, MM kisarkan sahaja bahan bahan kerana lebih mudah dan cepat, boleh juga kalau hendak menumbuknya.  Penggunaan halba, jintan kasar dan jintan halus dikisarkan sekali kerana MM tidak mempunyai rempah jintan tersebut. Kisarkan sahaja semua bahan termasuk bawang, serai, bawang kecil atau besar, cili merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga halus kemudian tumis hingga terbit minyak, masukan sedikit air dan daging dan renih lagi hingga sebati. (Sebaiknya kisarkan halba, jintan halus dan jintan kasar berasingan).


Daging yang telah direbus, dikeluarkan, ditumbuk sahaja hingga leper dengan menggunakan penukul, atau lesung baru dimasukan kedalam sambal yang ditumis tadi.  Masukan sedikit gula merah, sedikit kicap, garam, lada hitam  dan daun ketumbar untuk mendapatkan lebih aroma pada masakan ini.


Sedap kalau dimakan saja bersama nasi putih bersama kangkung goreng belacan yang MM sediakan.. Tak perlulah banyak lauk, begini pun menyelerakan. Alhamdulilah.
Hidangan untuk 2-3 orang.

Bahan bahan
1 mangkuk daging (potong nipis, rebus hingga empuk ketuk/tumbuk)
1 tangkai daun ketumbar (potong kecil)
1 sudu besar gula merah
1 -2 sudu besar kicap
1 sudu besar serbuk kari daging
1/2 biji limau nipis (ambil jusnya)
Garam, serbuk lada hitam dan gula perang utk perasa

Bahan bahan kisar
3-4 cili merah/hijau
1 bawang besar atau 5-6 bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil halba

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga terbit bau.
2. Masukan air renih sebentar.
3. Masukan garam, gula merah, rempah kari, sedikit hirisan ketumbar, jus limau nipis, kicap,  renih hingga hampir pekat.
4. Masukan daging, kacau sebati, angkat dan hidangkan.




1 ulasan:

  1. Nampak sangat menarik..
    Nak cubalah.. terima kasih kongsi resepi..

    BalasPadam

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...