Rabu, November 27, 2013

Lempeng Kelapa (Pancake Kelapa)




Salam semua...  Hari ni berpagian denagan pancake atau lempeng dengan tiga cara yang berbeza dengan pengisian inti kelapa dengan dua cara yang berbeza juga.. Memandangkan banyak pula kelapa didalam peti sejuk tu, ia menjadi salah satu lagi idea untuk makan pancake ni.. 

Saperti gambar diatas, pancake dibuat dengan nipis dan kecil dan sebelum mengangkatnya ia dilipat dahulu untuk mengekalkan lipatan sebelum diisi inti kelapanya. Cara untuk membuatnya pula adalah dengan menggunakan sudu sup yang kecil untuk mendapatkan saiz dalam anggaran satu hingga satu setengah inci diameter, jadi lah pancake yang agak comel dan senang untuk dimakan. 


Gambar diatas, adalah pancake yang tidak dilipat tetapi hanya diletakan kelapa diatasnya. Kalau didalam sebuah keluarga tentu ada yang suka dan ada yang tak suka bila pancake dimakan dengan kelapa, jadi apa salahnya membuat dengan dua tiga cara yang berbeza.. Kebiasaan yang dimakan banyak yang suka makan dengan madu yang dituangkan diatas, terpulanglah pada citarasa masing masingkan. 

Bahan Bahan basah
3 biji telur (Asingkan putih dari kuningnya)
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu (Dutchlady)

Bahan Bahan kering (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam

1. Masukan telur telur merah, gula dan susu kedalam blender dan kisar hingga sebati.
2. Masukan sedikit sedikit bahan kering dan kisar selang seli hingga habis.
3. Pukul putih telur didalam mangkuk yang lain hinnga berbuih dan masukan kedalam blender dan kisar hingga sebati.

1. Panaskan kuali leper dengan sedikit butter/minyak (sapuan untuk pertama kali sahaja).
2. Ambil satu sudu kecil (sudu sup) dan tuangkan keatas kuali yang sudah panas serta pusarkan batter dua tiga kali hingga agak nipis. Biarkan hingga terbit lubang lubang kecil dan balikkan pancake untuk beberpa saat sebelum mengangkatnya.

Bahan untuk inti kelapa
1 cawan kelapa parut
2-3 sudu besar gula merah
1 sudu besar butter
 sedikit garam

1. Panaskan kuali dengan sedikit butter.
2. Gaulkan kelapa dengan gula merah hingga bersatu dan masukan kedalam kuali yang dipanaskan dengan butter Tambahkan sedikit garam, kacau sebentar beberapa saat sebelum menutup api.

Isnin, November 25, 2013

Cencaru goreng sambal Bunga Kantan



Selepas separuh daripada ikan cencaru dibuatkan Asam Pedas, in pula Cencaru Sumbat  dengan sambal bunga kantan.  Teringat masa kecil kecil dahulu, ikan ini dipanggil ikan 'bare back' sebab apa sebab dibelah belakang.. Ikan begini saya lebih suka gorengnya tanpa kepala, senang nak masuk kuali, dan kepala nya pula dibagikan pada kucing kucing dirumah ni.. Sedap digoreng garing garing pada kulitnya dan isinya pula terasa dengan sampingan sambal.

Tambahan bunga kantan pada ikan ini menambahkan aroma pada sambal yang dikisarkan, jadi apabila merasakan sambalnya maka kita juga dapat merasakan bunga kantan didalamnya. En hubby pula tertanya tanya perbezaan sambal yang ditambahkan bunga kantan ni..hmm apa lagi licinlah seekor ikan yang diratahnya begitu saja.


Bahan Bahan
2 ekor ikan cencaru (dibuangkan perut dan dihiris belakangnya)
sedikit garam dan kunyit untuk dilumurkan pada ikan
1 biji limau nipis.

Bahan Bahan kisar/tumbuk
1 labu bawang besar
4-5 biji cili merah
1/2 inci halia
1 batang serai (hiris)
2-3 ulas bawang putih
1/2 batang bunga kantan
sedikit garam

1. Kisar atau tumbuk hingga lumat/halus dan perahkan sedikit air limau nipis.
2. Masukan bahan kisar kedalam ikan yang dihiris kedua dua belahnya belakangnya.
3. Lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam dan biarkan sebentar.
4. Panaskan minyak, masukan ikan goreng dan balikan hingga benar benar garing dan angkat.




Ahad, November 24, 2013

Asam Pedas Ikan Cencaru



Hmmm. lama tak masukan resipi lauk pauk yea... hari ni juadah untuk makan tengah hari adalah Ikan Cencaru belah belakang, Asam Pedas Ikan Cencaru dan buncis goreng.  Simple dan menyelerakan setelah sekian lama tak masak begini.  Mudah jea asam pedas ni, kerana bahan bahan yang dikehendaki tidak mencukupi jadi dengan apa yang ada pun menjadi juga lauk walaupun simple kan.  Kalau Asam pedas begini dimasukan daun kesum tentu terangkat.. apa nak buat, kerana hari ni tak ada dijual pula di kedai berdekatan dirumah. Kebanyakan masakan saya tidak memasukan belacan, kerana tidak berapa menggemarinya tapi kalau ada sambal belacan.. tibailah juga dengan ulam ulaman gitu.. So kalau nak masukan belacan terpulanglah kepada citarasa anda.

Bahan Bahan
1 ekor Ikan Cencaru (dibersihkan dan dibelah tiga/empat terpulang pada saiz)
1 batang bunga kantan
2 cawan air asam jawa
garam dan gula sebagai perasa
2-3 sudu besar minyak

Bahan Bahan kisar/tumbuk
4-5 ulas bawang merah/1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5-6 biji cili merah/3-4 sudu besar cili boh
1 batang serai (dihiris)
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumis bahan kisar/tumbuk hingga terbit minyak.
2. Masukan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu. Renih dan didihkan sebentar.
3. Masukan garam dan sedikit gula.
4. Masukan ikan, renih hingga ikan hampir masak dan masukan bunga kantan. Didihkan hingga kuah hampir pekat dan tutupkan api.

Jumaat, November 22, 2013

Roti Epal Pie

Bersarapan dengan Pie Epal pagi ni.. resipi yang begitu mudah dan cepat dibuat.  Apabila teringin nak makan something yang agak sweet and sourish atau masam manis gitu... teringatkan apple hijau yang ada dalam peti sejuk tu.. bila kenangkan nak menguli tepung mungkin agak mengambil masa yang lama untuk membuatnya.. so apa lagi roti dijadikan sebagai doh untuk mengisi inti epal yang dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan gula.. senang jea..


Kulit roti dihiris dan ketepikan, kemudian roti digelekan hingga halus diatas papan pencanai, dan kemudian disapukan butter, Epal didadukan dengan kulitnya dibuang dan dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan sedikit gula. Inti epal ini kemudian diletakan diatas roti yang disapukan butter dan dilipat dan ditekapkan dengan garpu pada penghujung roti untuk menutupnya dengan sedikit sapuan telur yang dipukul. Setelah itu diguriskan permukaan roti dan disapukan lagi telor sebagai 'eggwash; sebelum dibakar hingga garing


Bahan Bahan
5-6 keping roti putih (hiris bahagian tepi)
Sedikit butter/marjerin
1 biji telur (dipukul)

Bahan Bahan Inti
2 biji epal hijay (buang kulit dan didadukan)
2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu kecil gula perang

1. Satukan epal, kayu manis dan gula, kacau hingga sebati.
2. Canaikan roti hingga leper dan nipis, sapukan butter/majerin.
3. Isikan inti epal dan lipatkan dua sambil menyapukan sedikit telur pada lipatan roti,
4. Sapukan telur pada permukaan roti dan hiriskan dengan 2/3 hirisan (untuk pengeluaran wap).
5. Bakar pada suhu 180 darjah C hingga garing dan kekuningan.

Khamis, November 21, 2013

Falafel




Salam semua.... sekarang ni musim hujankan!! asal petang jea hujan asal hujan jea petang!! gitulah.. dah masuk akhir tahun begitulah perubahan cuaca pada negara kita ni.. nak pergi melancung pun kena fikir dua tiga kali. Bila dah cuaca begini, perasaan nak melepak tu biasalahkan! akan tetapi perut harus diisi kerana cuaca beginilah perut berbunyi macam katak panggil hujan.. ha ha.. so apa lagi kenalah rajinkan diri dengan menyediakan juadah untuk minum petang, kalau dapat cekodok ke, goreng pisang panas ke... kena dengan kopi atau teh panas tentu segarkan!!

Mengenai Falafel ini, tentu ada yang sudah biasa dengannya, makanan orang timur tengah yang seakan akan vadai cuma perbezaannya adalah ia dibuat daripada kacang kuda yang dikisar bersama daun parsley atau daun sup dengan banyak sekali hingga texturenya menjadi agak kehijauan warnanya.. memang sedap dengan campuran bahan saperti serbuk jintan manis dan jintan halus padanya.

Sedikit perubahan atau olahan dilakukan pada resipi ini, kerana, memandangkan stok tepung kacang kuda habis dirumah, makan campuran adunannya digantikan dengan menggunakan tepung beras.. jadi tepung beras juga dapat mennambahkan kerangupan pada falafel ini


Bahan Bahan
1 cawan kacang kuda (direndam semalaman hingga kembang)
1 batang atau 1/2 cawan daun parsley/sup (dihiris sedikit)
2-3 ulas bawang putih
2-3 sudu besar tepung kacang kuda/tepung beras
1-2 sudu kecil serbuk jintan manis
1-2 sudu kecik serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil sodium bikarbonate
Sedikti garam
minyak untuk menggoreng (deep fry)

1. Masukan kacang kuda, daun parsley/sup dan bawang putih kedalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Keluarkan dan tuangkan kedalam mangkuk dan masukan serbuk jintan putih/manis, tepung kacang kuda/beras, lada hitam dan garam, kacau hingga sebati. Adunan adalah saperti bancuhan vadai
.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng, dengan menggunakan sudu sup kepalkan pada sudu tersebut dan larutkan kedalam minyak yang sudah panas, goreng hingga garing dan kekuningan, angkat dan toskan

4. Hidangkan bersama sos yang digemari.

Isnin, November 18, 2013

Gyoza Blackpepper


Hari ni buat gyoza lagi... Sebab dah ada simpanan kulit gyoza yang dibeli, jadi elok juga dihabiskan stok makanan yang ada dalam peti sejuk tu... Kali ini inti gyoza ini ialah inti ayam cincang blackpepper yang mudah sangat dibuat. Malah intinya juga tidak banyak bahan yang diperlukan. Sama ada mahu menggunakan ayam cincang atau daging cincang terpulanglah pada citarasa masing masing.  Saya lebih menggemari gyoza yang di goreng garing dari gyoza yang distim memandangkan kulit gyoza yang digoreng akan lebih rangup dan enak dicicah bersama sos cili/tomato. Ini merupakan gyoza yang di goreng dahulu dengan sedikit minyak dan distimkan dengan memasukan sedikit air dan didihkan hingga lembut.

Bahan Bahan untuk Inti
1 paket daging ayam cincang
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
1/4 inci halia (hiris)
1 batang daun bawang
1-2 sudu besar sos lada hitam
1-2 sudu kecil garam
2-3 sudu besar minyak untuk menggoreng
1-2 cawan air

1 paket kulit gyoza (senang didapati di pasaraya)

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar/bawang putih dan halia hingga terbit bau.
2 .Masukan daging ayam cincang, kacau sebentar hingga ayam menjadi putih.
3. Masukan sedikit air anggaran 1/4 cawan.
4. Masukan sos lada hitam, renih sebentar.
5. Apabila hampir kering masukan daun bawang kacau sebentar hingga terbit minyak dan agak kering.
6. Masukan inti kedalam satu daripada kulit gyoza, sapukan sedikit air dikeliling kulit,  lipat dan kepilkan kulit gyoza  dibahagian depan  hingga habis dan lakukan process yang sama hingga selesai.
7. Panaskan kuali dengan 2-3 sudu besar minyak, goreng gyoza hingga agak kekuningan dan angkat.
8. Masukan air kedalam kuali, stimkan gyoza hingga hampir mendidih dan angkat. (Tutupkan sahaja kuali dengan penutup - lebih menyenangkan)
9. Hidangkan dengan sos cili/kicap.



Ahad, November 17, 2013

Cupcake




Salam semua, hari ni nak updatekan entri cupcake ni... bukan apa saja nak sharekan cupcake berkepala pink ni.. saja suka suka, tidak ada apa yang special sangat hanya dwi warna nya yang agak menarik.. Atas permintaan anak dara, maka dibuatkan juga lah.. cadangnya nak letakkan krim atau topping, hmmm, selepas membaking, masing masing dah tak ada mood nak teruskan dengan topping, so tinggal lah cupcake berkepala pink ni, eloklah juga  kerana hanya untuk dijamah dirumah sahaja.

Memasukan entri begini dapat juga kita kenangkan kembali, juadah juadah yang pernah kita buat diwaktu tua nanti. Asalkan hidup kita dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah kan.. disamping itu dapat juga generasi generasi baru mencari resepi resepi untuk dijadikan pembelajaran dan rujukan.. malah dunia sekarang semakin canggih dengan rekaan rekaan yang menarik.

Saperti gambar sebelah beginilah cara yang dibuatkan untuk mendapat dua tona pada cupcake ini.  Satu bahagian dicampurkan dengan pewarna merah, sedikit sahaja untuk mendapat warna merah jambu dan satu adalah adunan biasa sahaja. Adunan biasa diletakan dibawah dan adunan pink diletakkan diatas.  mudahkan!

Bahan Bahan
250gm Buttecup
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
1 3/4 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil pewarna merah (anggarkan warnanya)
sedikit garam

1. Panaskan oven pada sushu 180 darjah C selama 10-15 minit dan letak kertas cawan kedalam acuan muffin.
2. Putarkan butter dan gula dengan mixer hingga kembang.
3. Masukan telur satu persatu.
4. Masukan vanilla.
5. Masukan garam.
6. Ayak tepung bersama baking powder dan perlahan lahan masukan tepung hingga habis.
7. Keluarkan sebahagian dari adunan y (dibahagi dua) kedalam mangkuk dan warnakan dengan pewarna merah untuk mendapatkan warna merah jambu.
8. Masukan dua sudu kecil adunan biasa dan dua sudu kecil adunan merah kedalam acuan.
9. Bakar selama 20 minit.




Jumaat, November 15, 2013

Lasagana

Tadi dah updatekan resipi pizza kan! so inilah lasagna yang dibuat sekali dengan sos yang sama... 2 in one.. bukan Nescafe jea ada 2 in one.. resipi resipi lain juga boleh jadi 2 in 1 atau 2/3/4 in one... kena nak pandai mengolahkan saja... So dalam dapur anak dara buat lasagna, emaknya pula buat sos dan pizza.. Anak dara punya kerja senang daripada maknya.. mana yang kotor kotor kurenglah dipegangnya... biasalah kan... kan.. kann... tunggu dia jadi mak pula....hmmm barulah dia tahu..


Untuk sos yang dibuat anda boleh dapati pada link Chicken Bolognese Pizza kerana sos yang dibuat adalah dari sos yang sama. Tambahan sos bechamel atau sos putih juga dimasukan kedalam lasgana ini.
Sos putih adalah sos yang dibuat dengan cara mencairkan butter kemudian ditambahkan tepung gandum dan susu kedalamnya, ia kemudian di masak hingga pekat dan dimasukan lagi sedikit cheese kedalamnya. Pasta lagsagna kemudian dilapiskan dengan lapisan pasta, sos ayam cincang, sos putih pada setiap lapisan pasta hingga habis. Sos putih, kemudian dituangkan keatas permukaan lasagana dan taburkan lagi dengan cheese sebelum dibakar hingga kekuningan.


Bahan Bahan untuk sos putih/
1 sudu besar butter
4-5 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu
1 cawan cheese mozarella
sedikit garam dan lada hitam

1. Panaskan periuk kecil dengan butter.
2. Masukan tepung gandum, kacau hingga sebati.
3. Masukan susu, sedikit garam dan lada, renih hingga sos menjadi hampir pekat dan masukan cheese, kacau hingga sebati dan tuangkan keatas lapisan lasagana.

Bahan untuk lapisan Lasagna
1 kotak Instant Lasagna
1-2 biji tomato (dihiris)
1 lada bengala (dihiris)

1. Susun pasta kedalam bekas berukuran 6x8  dengan barisan 2 keping setiap satu.
2. Masukan sos ayam cincang dan sedikti sos putih.
3. Lakukan process yang sama dan masukan sedikit lada bengala/tomato kedalam dan tuangkan sos putih diatasnya, apabila kesemua nya memenuhi bekas.
4. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 15-20 minit.


Khamis, November 14, 2013

Chicken Bolognese Pizza



Salam Jumaat semua, semoga semua diberkati dibulan Muharram ini... hari ni tak nak makan nasi.. jadi  orang Italy sat... sat je pasal makan yea, tak jadi Italian pun... bermasakan bersama anak dara didapur dengan dua resepi, satu Lasagna dan satu lagi pizza.. dengan menngunakan kuah atau sos yang sama untuk pizza dan lasagna.. so jimatlah masa dengan dua resipi. Kuahnya adalah mince chicken atau daging ayam cincang bersama sos traditional Prego Tomato... gitulah bunyi nye... kita nak sound dia pun tergulung jugalah lidah ni... hihi... Berkenaan crust/dohnya pula saya lebih suka yang thin crust/nipis sebab lebih rangup..  Nak bercakap pasal pizza pun siapa pun pandai membuatnya kan.. kan.. kan....


Kali ni rasa puas hati sikit kerana doh nya dibuat sendiri, kerana selalunya kalau pizza, main order order jea.. kalau nak buat pun, ready made atau yang dah siap punya doh digunakan... tak payahlah kita nak samakan dengan topping topping saperti menu Pizza Hut topping Home Hut pun bolehkan... main hentam sajalah dengan topping topping sendiri..

Bermula dengan membuat doh dipagi hari dan membiarkannya hingga pukul 11.00 tengah hari barulah memula ekpedisi membuat pizza dan lasagana.. memang cepat.  Doh yang dibuat pula diuli beberapa kali dan dibiarkan mengembang hingga 2/3 kali saiz yang biasa dapat menghasilkan doh yang baik.

Bahan untuk Doh
4 cawan tepung gandum/roti
2 sudu kecil yeast  (marzipan)
1 cawan air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1-2 sudu kecil minyak zaitun

1. Bancuhkan serbuk yeast bersama gula dalam air suam, kacau sedikit dan birkan ia membuih.
2. Gaulkan tepung dengan garam didalam satu mangkuk yang besar.
3. Tuangkan bancuhan yeast kedalam tepung dan uli sebentar hingga tidak melekat pada mangkuk.
4. Masukan minyak zaitun, uli lagi hingga sebati.
5. Tutupkan mangkuk dengan menggunakan cling film/tuala dan biarkan selamat beberapa jam hingga adunan mengembang.
6. Tambahkan dengan sedikit tepung dan uli hingga mendapatkan texture tepung gebu dan lembut.
7. Tarik dan leperkan keatas dulang pembakar dan ketepikan.

Bahan untuk kuahnya.
1 paket daging ayam cincang
1 tin sos Prego traditional (tinggalkan sedikit untuk doh)
1 labu bawang besar
1-2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar minyak zaitun
2-3 Bay leaf
2-3 sudu kecil oregano
1-2 cawan air
sedikit garam

1. Panaskan periuk dengan minyak zaitun dan tumis bawang putih/merah bay leaf, dan oregano hingga terbit bau.
2. Masukan ayam cincang, kacau hingga ayam menjadi putih.
3. Masukan sos Prego.Tambahkan garam dan lada hitam,
4. Masukan air dan didih/renih hingga kuah menjadi pekat dan berminyak dan tutupkan api.

Bahan Bahan tambahan
1 paket Cheese mozarella
1 batang cili hijau/bengala (dihiris)
1 biji tomato (hiris bulat)
1-2 batang sausage ayam (dihiris)
1 labu bawang bombay (Bombay Onion) (hiris bulat)
Sedikit sos tomato Prego sebagai sapuan pada doh

1. Leper dan tarik doh nipis dan memanjang,
2. Sapukan sedikit sos Prego,
3. Masukan sos yang dimasak tadi kurangkan kuahnya dengan mengambil ayam sahaja.
4. Letakan sausage ayam, tomato, cili hijau/bengala dan taburkan cheese diatasnya.
5. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit.

** Tips.. panaskan oven dahulu selama 15-20 minit.




Isnin, November 11, 2013

Japanese Cotton Cheesecake



Sudah beberapa hari terfikir nak membuat kek ini, dua tiga kali dikeluarkan butter dan cheese, tapi tukar plan, terpaksa masuk baliklah cheese dan butter tu... Akhirnya terpaksa kuatkan semangat untuk membuatnya.. sementara anak anak masih ada dirumah, adalah juga juadah untuk dijamah pada waktu petang..  Hari tu ada jiran dekat rumah datang memberikan daging korban dan serba sedikit kueh mueh, dan salah satunya, saya rasakan, adalah cheesecake.. sejak itu teringinlah pula nak makan cheesecake ni.. Kalau nak membelinya tentulah senang terdapat dipasaraya saperti Tesco.. tetapi mencuba  membuatnya adalah satu cabaran juga kerana ini adalah kali pertama saya membuatnya.


Senang juga nak membuat kek ini, kerana cara yang dibuat pula agak berlainan dari kek biasa.. Menggunakan dua cara yang berlainan iaitu satu double boiler dan satu lagi adalah cara membuat merengue.  Kedua dua adunan ini kemudian disatukan dengan cara fold in method atau membalik balikan adunan supaya disebatikan dengan menggunakan spatula atau pengaup kek leper.

Untuk mendapatkan tekstur yang gebu putih telur haruslah dipukul hingga mendapatkan 'soft peaks' atau bertanduk,jika ditelangkupkan,  ia tidak mudah jatuh malah menjadi ringan dan melekat pada mangkuk.

Pembakarannya juga agak lama, iaitu selama satu jam dan dilapikan dengan satu lagi dulang yang bersisi air. Acuan kek pula diletakan didalam dulang itu dan terus dibakar pada sushu 160 d. C.

Setelah merasakan kek ini, ia tidaklah begitu manis jadi saya elok ditambahkan lagi sedikit lagi gula untuk mendapat rasa yang lebih sesuai, walaupun tidak terlalu manis.


Bahan Bahan A:
250g cream chees
 50g butter
 100ml susu (full cream Dutchlady),
 6 biji kuning telur
 1 sudu besar jus lemon
 1/4 sudu kecil garam,
 60g tepung kek (superfine)
 20g tepung jagung.

Bahan Bahan B :
 6 biji putih telur,
 140g gula, (tambahkan lagi 20g jika hendak manis)
 1sudu kecil jus lemon.


1. Panaskan periuk kecil dengan sedikit air, satukan susu, jus lemon, cream cheese dan butter dalam mangkuk yang lain. Letakkan diatas periuk air yang sudah mendidih untuk dicairkan dan disebatikan.

2. Ayakkan tepung kek, tepung jagung dan garam. Masukan sedikit sedikt kedalam adunan cheese/susu/butter tadi, dan kacau hingga sebati dan tidak berkental.

3. Didalam stand mixer, satukan bahan B iaitu telur, gula dan jus lemon. Bermula dengan perlahan, putar untuk menyatukan adunan dan tambahkan putaran hingga adunan menjadi pekat untuk mendapatkan 'soft peaks' atau berjambul.

4. Satukan Bahan A kedalam bahan B dengan cara 'fold in method' iaitu kaup dan pusing adunan supaya sebati. Haruslah dilakukan sebanyak kali untuk ia benar benar sebati. Untuk pengetahuan agak banyak juga adunan ini apabila ia disatukan dan ia sesuai untuk menggunakan acuan berukuran 8 inci yang dilapekkan dengan kertas pembakar.

5. Tuangkan adunan yang telah sebati kedalam acuan yang disediakan. Ketukan acuan untuk mengeluarkan segala udara dari adunan sebelum memasukan kedalam oven yang sudah dipanaskan selama 10-15 minit.

Bakar pada suhu 160 d C selamat satu jam dan sejukan.



Jumaat, November 08, 2013

Karipap Pusing




Hari ini teringin pula nak makan karipap.. so biasalah selera kita bertukar tukar mengikut kehendak tekak masing masing.. kalau dalam mukabuku tu ada jea yang rajin update post dengan hidangan hidangan yang menyelerakan dan mendatangkan dugaan juga kerana melihatkan orang yang rajin memasak memasukan juadah juadah mereka pada hari tu.. So apa lagi kalau mereka betul betul boleh memasak dengan begitu rajin sekali apa lagi kita yang melihat betul betul mencabar dengan keinginan.

Kali ini saya mencuba dengan membuat doh yang lebih rangup daripada biasa, terima kasih juga pada blogger blogger masakan yang lain kerana sudi berkongsi resepi mereka didalam blog mereka.. Alhamdulilah dapat juga kita mencuba dengan cara masakan mereka gitu...

Saperti biasa kebanyakan kita sudah biasa dengan membuat karipapkan..apa yang nak diterapkan disini adalah perbezaan membuat dohnya sahaja, kerana karipap pusing memang lebih sedap dan gebu. Ia lebih rangup dan lebih cantik teksturnya. Menggulung sebanyak dua kali gulung memanjang dengan agak nipis dapat menghasilkan bentuk spiral yang lebih jelas. Cara menggorengnya pula haruslah sehingga ia benar benar garing.

Bahan A
2 cawan tepung gandum
sedikit garam
1/4 cawan minyak
1 cawan air sejuk (anggarkan semasa menguli)

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar margarin/butter
2 sudu besar vegetable shortening
sedikit air untuk menguli

1. Satu dan uli bahan bahan diatas secara berasingan sehingga mendapatkan doh yang tidak melekat dan bahagikan kepada 6 bebola besar.
2. Leperkan satu daripada doh dan masukan doh yang bulat dan salutkan sebelum dileperkan dengan menggunakan kayu penggiling (rolling pin).
3. Leperkan memanjang kemudian gulung sekali lagi sebelum memotong kepada 4-5 bahagian.
4. Selepas mendapat potongan yang bulat leperkan dan masukan inti dan kepilkan.
5. Goreng hingga garing.


Bahan untuk intinya
1 paket daging ayam cincang
3 biji ubi kentang (potong dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 tangkai daun kari

Bahan Tumis
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia (disagat)
1-2 sudu besar rempah kari (ayam)
1-2 cawan air
rempah serangkai - 1-2 bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih
sedikit garam dan lada hitam

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, putih dan halia hingga terbit bau.
2. Masukan rempah kari ayam yang dicampurkan dengan sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
3. Masukan ayam cincang, kacau hingga menjadi putih.
3. Masukan air anggaran 1-2 cawan, renih sebentar.
4. Masukan ubi kentang, garam dan lada hitam, renih hingga hampir pekat.
5. Masukan tomato, lebihan bawang dan daun kari, renih hingga hampir kering, sejukkan.

Selasa, November 05, 2013

Spaghetti Carbonara

Salam semua.. hari ni nak update lagi satu resipi spaghetti.. dari lebihan spaghetti yang dibuat hari tu... tak banyak pun.. Dek kerana sos  spaghetti habis, spaghetti yang berlebihan ini digoreng untuk dijadikan spaghetti carbonara yang mudah.

Hari tu terbeli sos carbonara.. so apa lagi goreng sajalah dengan potongan chicken franks atau sausage ni.. tak payah susah susah..kalau nak buat sendiri sos putih atau Bechamel sos pun boleh, kalau dah pagi tu..fikiran masih juga melayanglah katakan,. so instant begini pun boleh jugakan.. asalkan ada juga makanan yang tersedia sebagai sarapan atau brunch..

Kaum ibu tentulah fenin memikirkan setiap pagi, juadah yang hendak disediakan... jadi setiap  yang berlebihan tu jangan dibuang, elok to dimodifykan gitu.. rezekilah katakan...
Memandangkan takade cheese dirumah, jadi dengan sos begini, rasanya tak payah pun tak apa, kerana rasanya memang agak bercream gitu,

Bahan Bahan
1 mangkok lebihan spaghetti
1 tin sos carbonara
1 cawan air
3-4 batang sausages/chicken franks(dihiris bulat)
1 batang cili merah (dihiris halus)
1 batang daun bawang (dihiris halus)
1 labu bawang besar (dadu)
1-2 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit lada hitam
sedikit garam
2-3 sudu besar minyak zaitun

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau.
2. Masukan chicken franks/sausage dan goreng hingga garing.
3. Masukan sos carbonara dan masukan sedikit air (anggarkan dengan lebihan spaghetti)
4. Masukan garam dan lada hitam.
5. Masukan spaghetti, kacau/goreng hingga sebati.
6. Masukan cili dan daun bawang, kacau/goreng hingga spaghetti menjadi lembut.

Sabtu, November 02, 2013

Chocolate Cake



Salam semua.. hari ini nak updatekan kek cokelat yang dibuat khas untuk jiran sempena menyambut Deepavali.. Well.. I am not a pro in making cakes but this may be the best I can do.. ha ha.. apa pun percubaan tetap percubaan hingga benar benar boleh mendapatkan kek yang lebih cantik dan sempurna.. Malah as a new blogger dan tanpa pembelajaran dari mana mana bakers pun, tidak mustahil juga kita mencuba dan mencuba hingga kita sendiri belajar untuk memahami selok belok tentang cake decorating kerana apa yang kita perlukan visi dan logik untuk membuatnya. Malah saya banyak mempelajari dari melihat  televison dan dari internet.. Seronok juga membaking ni..malah anak dara juga pun sudah menunjukan minat untuk belajar..


Saperti biasa, sama ada kita hendak menggunakan adunan kek yang memang siap dijual atau kita sendiri boleh mengadunnya.. kerana bezanya hanyalah pada campuran serbuk koko dan juga campuran essence pada kek sahaja diperlukan. Malah untuk topping pun memang mudah untuk dibuat. kerana ia hanya adalah campuran serbuk koko dengan air atau susu yang dimasak diatas api yang perlahan hingga ia menjadi hampir pekat sebelum dituangkan keatas kek.selebihnya pandai pandailah kita ratakan adunan koko yang dituangkan diatas kek. Well will do better next time.



Dari bahan yang siap dibeli masih memerlukan bahan asingan saperti telur dan butter.. kerana pembekalnya hanya membekalkan paket paket kecil saperti gula, campuran tepung dan serbuk kok, koko essence dan satu lagi paket serbuk koko yang harus dimasak bersama 3/4 cawan air.

Bahan Bahan yang disediakan
250 gm butter
4 biji telur
1 paket gula (anggaran 3/4 cawan)
1 paket tepung bersama serbuk koko dan baking powder.
1 paket esen koko yang harus dicampurkan dengan air ais
1 sudu esen vanilla (saya tambahkan).
sedikit garam (saya tambahkan)

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah C dan sediakan tin pembakar 6x6 inci (segi empat atau bulat) dengan sapuan mentega dan taburan tepung.
2. Didalam mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
3. Masukan telur satu persatu
4. Masukan esen vanilla dan sedikit garam
5. Masukan tepung sedikit sedikit.
6. Masukan esen koko yang dicampurkan dengan 1 cawan air ais. Putar hingga sebati.
7. Tuangkan kedalam dulang pembakar  dan bakar selama 45 minit dan sejukan

Bahan Bahan Frosting
1 paket serbuk kok
3/4 cawan air/susu (saya gunakan susu)
sedikit garam
1 paket cokelat masakan

1. Masukan kesemua bahan dalam periuk kecil.
2. Panaskan diatas api yang sederhana, kacau hingga bahan menjadi hampir pekat dan tuangkan keatas kek yang telah disejukan.
3. Sagatkan cokelat masakan dan taburkan diatas kek.




Spaghetti Bolognese



Salam pagi ahad.. dah masuk bulan November dah!! haiii.. masa begitu pantas berlalu, termasuklah umur kita yang makin hari makin tua.. apa pun make the best of our life, cukupkan waktu untuk beribadat, cukupkan waktu untuk berilmu, cukupkan waktu untuk keluarga dan kawan kawan dan yang penting sekali mengenali diri kita supaya sentiasa bermuhasabah.. Makan tetap makan... Kelmarin sudah dimasukan resipi bruschetta bolognese, so ini ialah sos bolognese yang berlebihan tu. Lama juga lah tak buat spaghetti ni... kerana tak berapa minat sangat.. akan tetapi atas permintaan anak dara ku hmmmm.. terpaksalah buatkan... hai peminat Italian food lah katakan.. 

Saperti biasa membuat sosnya, hanyalah dengan menggunakan sos Prego sahaja, tetapi saya lebih suka dua kombinasi sos yang berbeza untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Satu ialah Prego Traditional dan satu lagi Prego Mushroom.. samada dicampurkan dengan daging cincang atau ayam cincang jenama Ramlee..   tentu mudah sekali  penyediaan spaghetti ini.. Malah sesuai juga untuk anak anak memasaknya apabila teringin.. kerana semua bahan bahan telah tersedia dan hanya perlu untuk menumis sahaja... Bagi pastanya saya suka memilih jenama Buittoni kerana ia lebih mudah dan cepat untuk dimasak dibandingkan dengan jenama lain.. malah teksturnya pula lebih lembut.

Bahan Bahan untuk sos
1 tin sos Prego Tradisional
1 tin sos Prego Cendawan
1 paket daging/ayam cincang
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit garam
serbuk lada hitam (1-2 sudu kecil)
1-2 cawan air
2-3 sudu besar minyak Zaiton

1 Paket Spaghetti  - di masak didalam air yang mendidih hingga lembut, masukan garam jika suka dan toskan..

1. Panaskan periuk dengan minyak zaiton dan tumis bawang putih/merah hingga terbit bau.
2. Masukan daging/ayam cincang, kacau dan renihkan sebentar.
3. Masukan kedua dua sos, kacau hingga sebati.
4. Masukan air dan renihkan selama 20-30 minit.
5. Masukan garam/serbuk lada hitam. Renih hingga kuah/sos menjadi hampir pekat.
6. Hidangkan bersama spaghetti yang telah dimasak tadi.

.

Bruschetta Bolognese


Salam semua.. ini adalah sarapan pagi tadi.. Hmm  roti perancis yang di bakar bersama sos bolognaise dari lebihan kuah spaghetti yang berlebihan.. Apabila memikirkan tentang sarapan pagi, kita mungkin nak yang senang dan mudahkan!  Ada masa kita teringinkan yang berat dan ada masa kita inginkan yang ringan ringan saja.

So.. memuatkan kedalam blog begini dapat juga kita kenangkan kembali apalah yang telah kita sediakan selama ini. kadang kadang terlupa pula resipi resipi yang telah kita sediakan hingga kita membuka kembali blog itu dan berkata.. lama tak buat begini kerana masakan juga boleh kita lupa dan terpaksa fikirkan ..

So jika anda mempunyai lebihan kuah spaghetti tu.. sapukan saja butter keatas roti, letakkan kuah diatasnya dan taburkan cheese dan terus bakar selama 10-15 minit saja.. senangkan.

Lain Lain resipi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...